Siapa sangka usaha oleh sekumpulan pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Miri, Sarawak, sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah pedalaman berjaya mencipta sejarah dan kejayaan tersendiri apabila filem pendek berjudul “The Power of Hands” atau Marung Usu yang mereka pertaruhkan di Pertandingan Kid Witness News Peringkat Kebangsaan berhasil menambat hati para juri, sekaligus melayakkan  mereka merangkul anugerah  Grand Prize (Kategori Sekolah Rendah) dan Best Script serta akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Global bagi Kid Witness News.

15036331_1399778470034263_6622126884640308894_n

Kid Witness News adalah sebuah program latihan video global yang bersifat “hands-on” yang disokong oleh Panasonic.

14925633_1399778523367591_1129829640919339721_n

Kid Witness News turut diadakan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan beberapa buah negara eropah yang lain, dan setiap wakil daripada negara-negara tersebut akan dipilih ke pertandingan peringkat global.

Selain Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Miri, Sarawak, sebuah lagi sekolah dari Sarawak iaitu SMK Batu Lintang Kuching turut berjaya merangkul hadiah utama bagi kategori sekolah menengah.

Kedua-dua sekolah ini akan mewakili Malaysia, berentap dipentas global.

15032423_1399805116698265_1632250627_n

Comments

comments