7 buah restoran Borneo di Kuala Lumpur dan Selangor

2518

Bagi warga Borneo yang berada di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor, Borneo Dihati ingin kongsikan 7 buah Restoran Borneo yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Lepas ini, bolehlah pergi mencari makanan dan masakan Borneo yang idamkan di restoran-restoran ini.

7 buah restoran Borneo tersebut adalah:

1. Restoran Pinggan Borneo – Taman Bayu Tinggi, Klang 

Restoran Pinggan Borneo yang terletak di Klang, Selangor telah dibuka dan beroperasi secara rasmi pada 16 Jun 2016 yang lepas.

13590372_1029612857117142_7516669207163702778_n

Anak-anak Borneo yang berkumpul di Restoran Pinggan Borneo

Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan Sabah dan Sarawak seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Kuih Penjaram Kota Belud, Mee Sup, Mee Tuaran Mee Basah, Hinava / Umai, Ambuyat dan Sup Asam (untuk makan ambuyat), Rojak Mee dan sebagainya.

14291371_1575132275845639_1727046099643924480_n

Mee Tuaran

Sungguhpun baru beroperasi kurang daripada 5 bulan, restoran ini telah dikunjungi dan terima sokongan serta sambutan yang amat baik kalangan anak-anak Borneo. Berikut antara maklum balas dan testimoni yang ditulis oleh para pelanggan di media sosial:

“Sarawak Laksa spot on! Others e.g. hinava, pakis sambal, lada putih masak ikan masin etc are amazing as well. Highly recommend.” – Kian Wee

“Sesiapa rindu dengan masakan kampung, atau pun nak rasa makanan traditional from Sabah, boleh datang sini!” – Jennifer

Restoran Pinggan Borneo bertempat di 22 Lorong Sentosa 4A, Taman Bayu Tinggi 1, 42000 Klang, buka tiap hari Selasa hingga Ahad, dari 9.00pagi hingga 9.00malam.

2. SALTed – Mutiara Damansara, Petaling Jaya 

SALTed adalah sebuah kafe yang menyajikan pelbagai jenis masakan Sarawak yang halal. Antara menu utama yang boleh didapati di kafe ini adalah seperti laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa dan Beehon Belacan.

15253628_1227517243937375_3001080163834622795_n

Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa dan Beehon Belacan

Hiasan dalaman kafe ini cukup unik, dengan adanya mural selebriti international iaitu Anthony Bourdain, yang seolah sedang menjamu selera bersama tetamu.

15027826_10211013807961792_6265591569970286685_n

Menjamu selera sambil “ditemani” Anthony Bourdain

15193651_1229727897049643_5212582624447248260_n

Pemandangan dalaman kafe dan suasana yang cukup selesa

15181203_1226056474083452_824178478023993759_n

Kafe ini terletak di 30-1, Jln PJU7/16A, Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Waktu operasinya pula adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Jumaat : 10.00am – 5.00pm
  • Sabtu & Ahad : 10.00am – 3.00pm

3. 7th Mile Kitchen (Tidak Halal) – Kelana Jaya 

7th Mile Kitchen sememangnya tidak asing bagi komuniti di Kelana Jaya dan Petaling Jaya. Kafe ini kini cukup popular dan menjadi tempat kunjungan orang ramai.

562141_287088191380900_20137370_n

7th Mile Kitchen sentiasa dipenuhi oleh pelanggan

Kafe ini bukan saja dikunjungi oleh warga Borneo, tetapi juga mendapat sokongan masyarakat setempat di Semenanjung kerana aroma dan rasa kolok mee yang cukup menyelerakan dan rasanya yang dikatakan paling mirip mee kolok di Sarawak.

19305_799412683481779_8892097612521122108_n

Mee Kolok Sarawak

Selain, mee kolok, kafe ini juga menawarkan masakan Sarawak yang lain seperti laksa Sarawak, mee tomato dan sebagainya.

Alamat: RG 24, Pangsapuri Kelana Sentral Petaling Jaya

Waktu operasi 7th Mile Kitchen:

  • Selasa – Jumaat : 7.00am – 2.30pm
  • Sabtu & Ahad : 7.30am – 2.30pm

4. Charlie’s Cafe – Taman Bukit Desa, Kuala Lumpur

Charlie’s Cafe yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur merupakan sebuah kafe yang cukup mendapat perhatian ramai sejak kewujudannya kerana kafe ini bercorak “social enterprise”.

13315742_1616604965255736_6421159725586932574_n

Pengunjung pelbagai latar belakang sama-sama menjamu selera di Charlie’s Cafe

Selain menjalankan bisnes makan dan minum, kafe ini juga mempunyai misi sosial yang membolehkan pelanggan yang mengunjungi kafe turut berpartisipasi bagi membantu anak-anak yatim, gelandangan dan pelbagai kumpulan marginal berkeperluan yang lain.

14753769_1666524500263782_8583245266207200616_o

Laksa Sarawak

14391011_1657606267822272_4006406051793263688_n

Crispy Chicken Chop

Antara menu yang ditawarkan kafe ini adalah seperti Crispy Chicken Chop, Laksa Sarawak, Nasi Lemak Serai Wangi, Mee Sup dan manisan berupa Cheese Cake. Kafe ini juga mengamalkan polisi  “no pork or alcohol”.

Lokasi : Charlie’s Cafe, 29, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, Kuala Lumpur

Waktu operasi Charlie’s Cafe:

  • Isnin hingga Sabtu : 10.00am – 9.30pm

Bagi yang ingin mendapatkan lebih banyak info atau majukan apa-apa pertanyaan, boleh berhubung dengan Charlie’s Cafe di +012 816 0003.

5. Sarawak’s Bowl –  Setapak Central Mall, Kuala Lumpur

Sarawak’s Bowl telah dibuka secara rasmi pada 9 April 2016 yang lalu, bertempat di Lot S28 & S29, 2nd floor, Setapak Central Mall, 67, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

15232126_1835095266774308_589702546952193735_nLokasinya cukup strategik, berada di dalam pusat membeli belah dan bersebelahan dengan MBO cinema, menjadikan restoran ini tempat persinggahan yang cukup selesa kepada pelanggan menjamu selera, disamping menikmati pelbagai masakan Sarawak, sebelum meneruskan kegiatan “bershopping” atau tonton movie di mall tersebut.

15181164_1835095263440975_4401060112944215656_n

Sarawak’s Bowl menawarkan pelbagai makanan Sarawak seperti Laksa Sarawak Uncle Liew, Mee Jawa Nyonya Tay, Mee Sua, Ayam Pansuh dengan Beras Bario, Ayam Panggang Nanas Sri Sarawak, Nasi Lemak Pak Latip, Mee Kolok dan Air 3 Layers.

Waktu operasi Sarawak’s Bowl buka

  • Isnin hingga Ahad : 10.00am – 10.00pm

6. Restoran Javian Kitchen – Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Restoran Javian Kitchen adalah restoran terbaru yang menawarkan sajian Borneo dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 September 2016.

Apa yang lebih menarik tentang restoran ini adalah hiasan dalaman yang terdapat pada dinding restoran yang menonjolkan corak ukiran dan kesenian Dayak, serta perhiasan kraf tangan Sarawak yang dipamerkan di sudut restoran ini.

14199714_223401248062706_7909340402548466973_n

Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan lauk Sarawak seperti ensabi goreng, miding, umai, ayam pansuh dan sebagainya.

14291835_225623371173827_7022628837574919590_n

Nasi Goreng Dabai

Lokasi : No.12-G Block D, Jalan Atmosphere 7, The Atmosphere, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu operasi Javian Kitchen:

  • Selasa – Ahad : 10.00am – 10.00pm

7. Kafe Sarawak – Taman Putra Sulaiman, Ampang

Kafe Sarawak adalah sebuah kafe yang diusahakan oleh anak Sarawak dan baru beroperasi awal bulan Ogos 2016.

14067660_10154173079343891_2774202136950489048_n

Kafe ini terletak di 43 A Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman, Ampang dan menawarkan pelbagai makanan Sarawak seperti laksa Sarawak, mee kolok, bermacam jenis nasi goreng dan menu berasaskan mee.

14067598_10154173079408891_2839896770144340271_n

Waktu operasi Kafe Sarawak

  • Isnin – Jumaat : 7.30am – 9.00pm
  • Sabtu – Ahad : 7.30am – 3.00pm

Comments

comments