IKBN Kinarut berjaya latih 131 orang pekerja industri di Sabah

62

SABAH, 5 December 2016 – Seramai 131 orang pekerja industri di sabah memperolehi manfaat meningkatkan kemahiran mereka melalui kursus separuh masa di bawah program khas Akaun Amanah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah.

“ Program yang telah bermula pada awal tahun 2016 ini telah memberi pulangan kepada IKBN sebanyak RM 240,560.00 ribu sehingga Nov 2016 ”, kata Mohd Yasser B. Ayob Ketua Jabatan Elektrik IKBN Kinarut. Tambah beliau lagi sebanyak lapan program telah dijalankan daripada 11 program yang dicadangkan pada awal tahun 2016.

“ Tiga program yang kita batalkan adalah kerana tidak ada permintaan sektor pekerja industri, tambah beliau. Walau bagaimanapun terdapat satu program tambahan iaitu synchoronizine elektrik A4 selama dua minggu dianjurkan kerana ada pemohon daripada pihak industri.

Mohd Yasser juga memberitahu untuk tahun 2017 sebanyak 25 program telah dirancangkan untuk dilaksanakan di IKBN Kinarut yang melibatkan pekerja-pekerja industri yang telah bekerja disekitar Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Beliau juga memberitahu antara kursus separuh masa yang mendapat sambutan pekerja industri ialah Penjaga Jentera Elektrik A4 dan A0.

“ Mereka ini bukan sahaja datang dari berbagai sektor industri seperti Petronas, Shell dan Telekom tetapi juga berbagai agensi kerajaan “ tambah Mohd Yasser.

Antara kursus baru yang diperkenalkan tahun 2017 ialah modul perancangan bagi Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV untuk 80 jam dan Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV 600 jam, tambah Beliau.

Comments

comments