Uma Baha Apau Koyan, Belaga, Sarawak mencipta sejarah yang mengamit kenangan apabila seramai 76 orang (hari pertama) dan 101 orang  (hari kedua) penduduk kampung kesemuanya lelaki telah bergotong-royong untuk membina perahu lumba –  “Alot Petasa”.

14915512_10154685596962250_8159712130866928200_n

Setelah menyimpan angan-angan sekian lama, perancangan telah dibuat oleh JKKK Uma Baha di bawah pimpinan dan naungan YB Kennedy Chukpai Ugon, Pemanca Tony Kulleh, Maren Uma Padan Bisau, Timbalan Maren Uma Egan Ave, barisan JKKK serta seluruh warga Uma Baha, maka tibalah hari dinanti-nantikan pada 1 November 2016 (sesuai dengan angka menarik 1.11.16) penduduk Uma Baha turun bergotong royong mencari kayu yang sesuai untuk dijadikan perahu lumba “alot petasa”.

14947477_10154672123637250_550557321774797785_n

Setelah menjumpai sebuah kayu “Adau” (Arau) yang terletak 25kilometer dari rumah panjang Uma Baha terletak di Sungai Belaga, penduduk kampung seramai 76 orang lelaki turun bergotong royong untuk menebang, membelah serta melakukan kerja pertukangan untuk membina dua buah perahu lumba!

14962679_10154672123992250_3386335611270464885_n

14907170_10154672124657250_6651033519852837116_n

Bersusah payah berjalan kaki selama 20 minit ke lokasi pokok kayu Adau tersebut tidak memadam semangat dan kegairahan penduduk kampung khasnya generasi muda untuk melihat sendiri bagaimana cara membina sebuah perahu lumba yang dibina secara tradisional Suku Kaum Kenyah Uma Baha.

14938271_10154672121247250_2063596209602668160_n

Generasi muda berasa bersyukur kerana sempat melihat bagaimana sesebuah perahu dibina melalui tunjuk ajar oleh tukang-tukang perahu yang ratanya sudah berumur seperti Amai Pesudin, Amai Pivong, Amai Pafui dan ramai lagi tukang-tukang kayu yang sudah tua.

14947468_10154672124562250_1700338376097201950_n

Mana tidaknya, setelah hampir 20 tahun berpindah dari kampung lama Long Bulan ke penempatan semula Bakun di Sungai Asap, ramai generasi muda tidak pernah memiliki pengalaman menaiki perahu apatah lagi membinanya. Kesempatan melihat sendiri bagaimana sebuah perahu dibina adalah umpama sejarah dan pengalaman yang berharga.

Sehari suntuk berkerja sehingga pukul 6:30 petang kerja pertukangan tidak dapat disiapkan untuk membawa keluar kedua-dua perahu tersebut dari hutan ke kampung. Maka semuanya bersetuju untuk menyambung kerja keesokan harinya.

14947738_10154685596587250_7512126217749757688_n

Dua buah perahu lumba “Alot Petasa” Uma Baha berjaya dibentuk dengan panjang masing-masing 7 depa orang dewasa atau 42 kaki/12.8 meter dengan, 13 “gan”/tempat duduk yang boleh memuatkan 15 hingga 20 pengayuh!

14963249_10154685597472250_8233791508041552014_n

“Alot petasa dibina bukan untuk sebuah kemenangan sahaja tetapi sebuah warisan yang perlu dikekalkan serta merapatkan hubungan di antara warga Uma Baha.”

Comments

comments