Program Sarjana Pendidikan UKM, Mod Cuti Sekolah di IPG Kota Samarahan, Sarawak

226

Program Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah adalah pengajian fleksible bagi membangunan laluan kerjaya dan pendidikan.

Guru-guru atau individu yang berminat yang mempunyai Ijazah Sarjanamuda dari mana-mana universiti adalah dipelawa untuk memohon Program Ijazah Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah yang akan bermula pada Semester 2 Sesi 2016/2017.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Januari 2017.

Kuliah akan dijalankan pada waktu cuti sekolah selama 6 kali pertemuan dengan 2 kali pertemuan pada setiap semester mengikut jadual cuti sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi tahun 2017 cuti sekolah adalah seperti berikut berdasarkan negeri yang cutinya pada hari Sabtu dan Ahad:

SEMESTER 1
18 Mac 2017 hingga 25 Mac 2017 (8 hari kuliah)
27 Mei 2017 hingga 10 Jun 2017 (15 hari kuliah)

SEMESTER 2
26 Ogos 2017 hingga 2 September 2017 (8 hari kuliah)
4 Disember hingga 18 Disember 2017 (15 hari kuliah)

SEMESTER 3
Akan ditentukan apabila takwim persekolahan 2018 keluar

Antara kursus yang ada ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Bimbingan dan Kaunseling
  2. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  3. Kurukulum dan Pedagogi
  4. Pendidikan Khas
  5. Pendidikan Bahasa Melayu
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Sains
  8. Pendidikan Perniagaan dan Keusahwanan
  9. Pengurusan Sukan
  10. Pentadbiran Pendidikan
  11. Sosiologi Pendidikan
  12. Pendidikan Sejarah
  13. Pendidikan Matematik
  14. Psikologi Pendidikan
  15. Psikologi Sosial dlm Pendidikan
  16. Pendidikan Prasekolah
  17. Penilaian dan Pengukuran
  18. Pendidikan Ekonomi

Yuran pendidikan pula dibayar mengikut jadual pembayaran berikut:

  • Semester 1 (40%) – RM6800.00
  • Semester 2 (30%) – RM5100.00
  • Semester 3 (30%) – RM5100.00

Bagi yang berminat mahu mohon, sila PM contact number untuk dimasukkan ke dalam group Telegram bagi dapatkan info terkini dan untuk apa-apa pertanyaan berkaitan dengan permohonan. PM contact number menerusi link ini : PM Contact Number

Comments

comments