7 Tips Siapkan PhD Dalam Tempoh 3 Tahun – Dr. Walton Wider

294

1. PhD bukan sekadar Ijazah. Ia adalah kareer!

Mungkin ramai yang berfikir PhD adalah untuk golongan ahli akademik sahaja. Mungkin ada betul di situ, tapi bagi saya apa yang penting adalah perjalanan dalam menuntut ilmu itu sendiri.

Saya mendapat sangat banyak peluang pembangunan sepanjang 3 tahun ini. Saya membangunkan kemahiran dari segi praktikal dan peribadi. Saya menghadiri persidangan dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang.

Saya telah berlajar berunding, berfikir, memahami, membentang, berhujang dan menulis secara profesional. Sekiranya anda berfikir PhD sekadar ijazah, anda mungkin akan mempunyai masa yang sukar untuk melewati waktu yang ada sepanjang pengajian.

2. Membaca adalah penting

Ketika berada di semester pertama pengajian, saya membaca 2 – 3 artikel tiap hari. Jadikan amalan membaca artikel sebagai habit sama ada artikel daripada jurnal, prosiding, buku, majalah dan sebagai.

Anda akan mengalami banyak kesukaran jika anda tidak berminat untuk membaca, tambahan lagi jika anda lemah dalam Bahasa Inggeris. Anda harus mempertingkatkan dan memperbaikinya.

3. Terbitkan artikel 

Adalah penting bagi calon PhD untuk menerbitkan artikel ketika masih dalam pengajian. Saya berhasil menerbitkan 5 artikel (2 diindex dalam ISI), sebuah bab buku, dan empat prosiding.

Saya mula menerbitkan article di prosiding semasa di semester dua lagi. Selepas mendapat data pilot di semester 3, saya mulai menerbitkan artikel di jurnal. Apabila anda menulis paper untuk diterbitkan, ini secara tidak langsung akan melatih anda untuk menulis dengan lebih baik di dalam tesis. Bahkan, komen-komen penilai banyak membantu anda dalam penulisan tesis. Try your best to go for a high impact journal.

Be alert! Jangan tertipu oleh jurnal international, sebab banyak yang bukan high impact tapi claim mereka high impact. Jurnal sebegini hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

Sebuah jurnal yang baik biasanya “free of charge” dan mengambil masa yang lebih lama untuk diterbitkan. Ketika viva voce, penilai akan mempertimbangkan untuk memberikan anda lulus dengan pembetulan “minor”. Sebab tesis anda telah diwasit oleh ramai penilai berdasarkan penerbitan anda. Walau bagaimanapun, keputusan akhir sememangnya boleh berubahan berdasarkan persembahan dan prestasi ketika viva voce juga.

4. Patuhi garis masa

Belajar untuk disiplinkan diri, terutamanya masa. Jangan sesekali melangkaui jadual waktu yang telah anda tetapkan sebelum ini melebihi 2 bulan. Lebih awal lagi bagus.

Sekiranya anda memperuntukkan masa selama 1 bulan bagi pengumpulan data, maka anda perlu mematuhinya. Tapi ramai yang tidak dapat mengikut jadual, terutamanya apabila melibatkan pembentangan proposal, pre-viva atau tarikh viva atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dalam kes saya, selepas menghantar draf pertama tesis kepada penyelia pada Oktober 2015, saya rancang untuk menduduki pre-viva pada bulan Disember 2015. Hal ini kerana biasiswa saya akan tamat pada September 2016. Jadi, saya perlu viva sebelum September 2016 supaya saya tidak membayar yuran menggunakan duit sendiri.

Namun atas masalah yang tidak dapat dielakkan, saya menduduki pre-viva pada awal bulan Mac 2016. Selepas itu, saya menghantar notis viva pada penghujung bulan Mei 2016. Saya berharap saya boleh mendapatkan tarikh menduduki viva sekitar Ogos 2016 tapi ia berlarutan sehingga penghujung September 2016.

Perancangan awal saya adalah untuk menduduki viva pada bulan Mac atau April supaya saya ada masa untuk membuat pembetulan dan seterusnya bergraduasi pada November 2016. Namun, perancangan hanya tinggal perancangan. Saya hanya berkesempatan menduduki viva voce pada 30 September 2016.

Saya mendaftar pengajian PhD pada 6 September 2013. Saya berfikir mungkin saya tidak sempat untuk bergraduasi tahun ini (2016), dan perlu menunggu 1 tahun lagi. Proses pembetulan tesis telah berjalan dengan lancar. Saya tidak mempunyai masalah dengan pemeriksa, saya selesaikan pembetulan dalam tempoh 2 minggu. Namun, masalahnya, tempoh bagi mesyuarat senat bagi memilih calon yang lulus untuk bergraduasi telahpun berlalu.

Jadi, saya merasakan mungkin saya tidak layak untuk konvo tahun ini, tapi amat bertuah sekali apabila mesyuarat khas Senat diadakan dan nama saya termasuk sekali! Saya telah dianugerahkan Doctor of Philosophy (Psychology) pada 31 Oktober 2016. 1 bulan selepas viva voce.

He has made everything beautiful in His time. Rencana Tuhan itu lebih indah dan baik. What we can do is only planning. So be flexible, do your best and let God do the rest.

5. Berdoa dan sentiasalah beramal

Satu perkara yang saya fikir semua calon PhD akan bersetuju adalah, hubungan dengan Tuhan sepanjang pengajian menjadi begitu intim dan dekat. Jadikan doa itu sebagai amalan

For me, as a Christian, I frequently pray the rosary and divine mercy novena. I talked to God more often. I shared my problems more with Him compared to any human being, even my family members. Because only God knows our struggles. He knew better than anyone.

Although we could not hear his response. but believe me, he ease our path. He lessen our burden without our conscious. I talked a lot about my problems with people that I close to, but none of them truly understand. I don’t mind. Because at the end of the day, you can only depend on yourself. But you need the strength and perseverance. And that only God could provide.

The moment the viva chairperson announced that I have passed my viva voce, the first word that came out from my mouth was “thank you Lord for your mercy”.

For I believe, through His mercy, I could finish my Phd. We are encouraged to asking our fellow Christian to pray for us.

In the scripture, James declares “The prayer of a righteous man has great power in its effects.” This pointing out to those in heaven (saints, angels, etc), but I believe anyone could intercede us to pray to God.

Therefore, don’t shy to ask for someone to pray for you.

6. Sentiasa rendah diri dan ikhlas tuntut ilmu 

Pada awalnya, saya mendapat tawakan untuk melanjutkan pengajian PhD di UTM, Skudai, Johor. Dua hari sebelum berlepas ke sana, saya mendapat satu lagi tawaran menyambung pengajian di UMS, Kota Kinabalu. Dr. Yeo Kee Jiar, yang sepatutnya menjadi penyelia saya di UTM telah menasihati saya untuk meneruskan pengajian di UMS. Ini kerana beliau tahu saya mahu menjadi sebahagian daripada warga akademik di UMS pada masa akan datang.

Ketika itu, saya agak keberatan kerana saya berfikir bahawa UTM adalah pilihan yang lebih baik kerana statusnya sebagai universiti penyelidikan. Saya masih ingat dengan jelas nasihat Dr. Yeo Kee Jiar ketika itu “Walton, all university is the same despite the ranking. As a PhD student, it’s your contribution to the institution not the other way round.”

I put those words in my heart until today. Think of, in a small scale what you can contribute to the university and gradually make it a wider scale if possible.

Ketika dalam pengajian PhD, secara umumnya, saya telah berjumpa dengan 2 kumpulan pelajar. Kumpulan pertama yang sangat rendah diri dan ikhlas menuntut ilmu dan kumpulan yang satu lagi sangat bangga diri dan arogan.

Sungguhpun mereka sekadar calon PhD, mereka berfikir mereka adalah peribadi yang maha tahu. Sesetengahnya akan membandingkan universiti mereka dengan universiti tempat anda menuntut. Anda akan sentiasa berjumpa dengan individu seperti ini di persidangan. Kedua-dua kumpulan akan berjaya. Tetapi kumpulan pertama akan lebih awal sampai di garis penamat.

Jadilah seperti resmi padi, semakin berisi tunduk ke bumi. Sentiasa bantu rakan-rakan dalam pelajaran. Berkongsi segala ilmu yang baru anda pelajari. Sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kebaikan semua. Sentiasa fikir bahawa ada lagi orang lain yang lebih berilmu dan hebat dari kita.

7. Rajin & Berusaha

Bagi saya kunci utama untuk berjaya dalam tamatkan pengajian PhD adalah rajin dan berusaha. Sekiranya anda mempunyai intelek yang bagus, itu mungkin adalah bonus. Tapi, tanpa kerajinan dan usaha, anda tidak akan berjaya menghabiskan PhD.

Tiada benda yang datang sekelip mata, banyak yang perlu dikorbankan untuk mengenggam segulung ijazah. Oleh itu, bekerjalah dengan kuat, tabah dan gigih mengharungi segala rintangan yang bakal datang.

Semoga perkongsian ini mampu memberi inspirasi dan teladan kepada semua khasnya yang bakal atau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah.

Di sini, saya dengan penuh rendah diri memohon kepada semua agar sentiasa mendoakan saya, supaya sentiasa merendahkan diri dan cekal dalam menimba ilmu agar mampu menyumbang dari pelbagai sudut kepada keluarga, masyarakat, agama, dan negara tercinta.

Comments

comments