Kejayaan anak Iban dapat PhD! – Dr. Patricia Ganing

7436

Kepada anak-anak Sabah dan Sarawak terutama dari kaum Iban, percayalah bahawa kejayaan itu luas terbentang hanya perlu usaha, yakin, berani dan berserah pada Allah.

Kejayaan Dr Patricia Ganing ini boleh dijadikan inspirasi. Segala penat lelah beliau terubat dengan wajah gembira ibubapanya. Kejayaan beliau juga jadi kebanggaan komuniti peribumi.

15826423_1215151281866206_7301300142462837404_n

Mari ikuti coretan perjalanan hidup beliau. Coretan perjalanan hidup Dr. Patricia sebagai pelajar:

  • Tadika: Kindegarden Chee Mung (1990)
  • Sekolah Rendah : SRB Chee Mung Batu Niah
  • Sekolah Menengah : SMK Subis (Tingkatan 1-5)
  • Sekolah Menengah : SMK Lutong (Tingkatan 6 rendah dan atas)
  • Sarjana Muda: Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2007)
  • Diploma perguruan lepasan Ijazah: institut perguruan Tawau Sabah (2008) (penempatan di SK Rumah Essau Bekenu Subis 2009-2011, 2012 berpindah mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sehingga sekarang)
  • Sarjana: Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2013)
  • PhD: Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2016)

15873448_1215151311866203_2578363166172019812_n

Dr. Patricia adalah anak petani yang berasal daripada sebuah rumah panjang di Batu Niah, iaitu Tuai Rumah Mawell.

Beliau menyambung pengajian di peringkat master dan juga PhD tanpa sebarang biasiswa dan cuti belajar.

Memikul tanggung jawab yang berat sebagai ibu, pelajar PhD dan pada masa yang sama masih juga mengajar di UPSI. Rutin harian yang agak padat seawal pukul 6 pagi menyiapkan anak ke sekolah, terus bersiap untuk masuk kuliah, masuk ke pejabat menyiapkan kerja-kerja pengurusan, tengah hari menjemput anak dari sekolah, sebelah petang nya memberi kuliah pula.

Menurut Dr. Patricia, beliau hanya berkesempatan menulis tesis bermula daripada pukul 8 malam berlarutan ke pukul 3 dan 4 pagi. Begitulah rutin sebagai pelajar yang tidak mempunyai cuti belajar.

Sungguhpun begitu sibuk, beliau sangat-sangat bersyukur “berkat daripada semua perit ini saya mampu menyiapkan kajian dengan cepat iaitu selama 2 tahun lebih. Malah mendapat anugerah pelajar Graduate on Time. Semua ini berkat daripada sokongan daripada seluruh ahli keluarga, penyelia Profesor Dr Asmiaty Amat, semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung” – tambah Dr. Patricia.

15327309_1334622133256627_4203883349784035385_n

Semua cabaran itu bukan penghalang untuk sebuah kejayaan. Moga perjalanan pengajian Dr. Patricia ini mampu menjadi suntikan semangat terutamanya kepada golongan ibu yang berkerja dan pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak.

Comments

comments