Dr. Elexson Nillian berbangsa Sebob iaitu salah satu etnik yang sangat minoriti di Sarawak. Sebob tergolong di dalam kategori orang ulu komunti. Penempatan bagi komuniti Sebob adalah di Ulu Tinjar, Baram. Ini termasuklah kampung Long Selapun, Long Sobeng, Long Loyang dan Long Batan.

8

Dr. Elexson Nillian mendapat pendidikan awal di SK Long Aton, daerah Tinjar ulu, Baram, Sarawak sebelum berhijrah bersama keluarga ke Bandaraya Miri bagi mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.

5

Jarak bagi sekolah rendah dengan Miri adalah sangat jauh, perjalanan menggunakan kereta pancuan empat roda melewati denai balak memakan masa selama 8 jam.

Kampung tempat beliau membesar itu juga mempunyai kemudahan perubatan yang terhad. Menurut Dr. Elexson Nillian, klinik terdekat di kampungnya memerlukan mereka menempuh perjalanan selama setengah hari perjalanan menggunakan  perahu panjang.

Kampung beliau juga tidak mempunyai sumber elektik. Kondisi sedemikian telah menyukarkan proses pembelajaran. Di sebelah malam, beliau bergantung sepenuhnya pada lampu pelita bagi mengulangkaji pelajaran.

Manakala waktu siang hari pula dimanfaatkan untuk membantu keluarga mencari hasil hutan. Dari segi berkomunikasi dengan dunia luar, penduduk hanya dapat menggunakan radio untuk menyampaikan pesanan yang kritikal dan penting sahaja. Selain itu, kemudahan air minuman terawat adalah terhad kerana dengan bergantung kepada air tadahan hujan dan sungai berhampiran.

Mengimbau kembali perjalanan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD pula, Dr. Elexson Nillian memberitahu :

“Pada mulanya, saya hanya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

Namun sepanjang perjalanan untuk mengenggam segulung ijazah Kedoktoran, saya telah melalui banyak pengalaman serta proses kematangan yang mencetuskan beban di dalam diri saya dan lantas  saya menukar misi bahawa, setelah memiliki Doktor Falsafah, saya ingin memberi inspirasi,  mengimpak serta menjadi role model kepada keluarga, bangsa mahupun negeri Sarawak ataupun Borneo amnya.

Seterusnya, membuktikan bahawa anak kampung seperti saya daripada pendalaman ulu sungai mampu berjaya seperti anak muda yang dilahirkan di Bandar. Itulah yang akan membezakan kita daripada beribu-ribu pemegang ijazah kedoktoran yang lain” demikian diluahkan oleh Dr. Elexson Nillian.

3

Setelah menamatkan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi (2011) dan Sarjana Sains dalam Keselamatan Makanan (Mikrobiologi) (2012), Dr. Elexson Nillian berjaya menyiapkan penyelidikan Sarjana dalam masa enam  bulan dan seterusnya, mengakhiri perjalanan pengajian akademik Doktor Falsafah di dalam Keselamatan Makanan (Mikrobiologi) (2014) selama 3 tahun dan berjaya menyiapkan penyelidikan Doktor Falsafah selama 11 bulan sahaja.

Selama pengajian, beliau juga berjaya menerbitkan sebanyak 12 penerbitan akademik dalam dan luar negara serta menghadiri seminar dan persidangan antarabangsa.

Di samping itu, Dr. Elexson Nillian juga pernah mendapat tajaan daripada National institute of Health United State of Amerika selama 2 tahun berturut-turut untuk menyertai persidangan di Jepun dan Dhaka, Bangladesh.

Menurutnya lagi, jalan bagi mendapatkan PhD penuh dengan penderitaan yang menuntut ketekunan dan  tahan uji. Perjalanan pengajian tidak mudah tanpa ada kesungguhan, ketekunan dan hikmat kebijaksanaan dalam mengatur masa dan menyusun strategi agar tidak terkandas di tengah perjalanan pengajian.

Selain itu, adanya dorongan yang padu dan berterusan daripada keluarga, mentor, rakan rakan, serta komuniti yang mendukung perjalanan pergajian bertambah lancar dan teguh. Bekerja keras dan sentiasa fokus dengan bekerja keras dari jam 0600am hingga 1000pm setiap hari adalah perkara biasa dalam menyiapkan penyelidkan. Manakala bersengkang mata dalam menyiapkan tesis dari pagi ke malam juga adalah seperti alah bisa, tegal biasa.

Semua dilakukan dengan bermotivasikan keluarga, bangsa selain akan menjadi impak bagi anak pendalaman di masa depan. Mengorbankan masa berseronok berama rakan-rakan dengan banyak menghabiskan masa di dalam makmal untuk memastikan penyelidikan berjalan seperti yang di rancang adalah keputusan yang harus dilakukan.

Kewangan juga adalah salah satu cabaran besar bagi Dr. Elexson Nillian bagi menampung kos sara diri dan yuran pengajian setiap semester. Mujur sepanjang pengajian, beliau mendapat tajaan  katanya. Ini termasukan tajaan bagi program Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), dan pengajian Doktor Falsafah (PhD) pula, beliau mendapat tawaran biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi menerusi program MyPhD.

Penat lelah merantau jauh dari Sarawak selama 8 tahun akhirnya terbayar apabila Dr. Elexson Nillian  dianugerahkan Doktor Falsafah pada Januari 2015, CGPA 04.00, ketika berusia 28 tahun. Kata Dr. Elexson Nillian “melihat kegembiraan terpancar di wajah kedua orang tua, adik beradik serta keluarga di majlis  konvokesyen adalah anugerah terindah yang tidak akan dilupakan”.

1

“Semakin tinggi kita naik ke atas, semakin tinggi akan tuntutan yang harus kita terima. Mengenggam segulung ijazah memang mencabar namun untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kepakaran  adalah satu cabaran yang harus di lalui oleh insan yang bergelar mahasiswa” – Dr. Elexon

Menurut Dr. Elexson Nillian lagi, beliau mahu menyahut panggilan Ketua Menteri Sarawak untuk berbakti di tanah air sendiri. Lantas sejurus menamatkan pengajian, beliau telah bersetuju menerima tawaran untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Biologi Molekul, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

2

Perjuangan ini tidak terhenti setakat mengenggam segulung Ijazah, beliau juga giat mempromosi budaya dan warisan Sebob di dalam beberapa pertandingan yang disertai. Selain itu, Dr. Elexson Nillian telah bersama-sama menubuhkan organisasi Dayak Pride (Blog Dayak Pride dan Facebook) yang menjadi platform kepada beliau untuk bergerak aktif  ke pendalaman ataupun kawasan luar bandar serta kolej tempatan di Sarawak bagi menyampai motivasi akademik.

9

Mr, Gawai Kaamatan Penang State 2016, Keling Unimas 2015, Mr. Dayak Pride Borneo Hornbill Fetsival 2014, 2ND Runner up Mr Sarawak Borneo Hornbill Festival 2014

Harapan saya adalah agar lahirnya lebih banyak graduan yang bukan hanya berjaya di dalam kehidupan sendiri tetapi juga berjaya menyumbang inspirasi, bakti serta  bersama-sama menyumbang khidmat dalam membangun masyarakat dan tanahair kita.

Pencapai akademik yang lain:

  • United States- Japan Cooperative Medical Sciences Program 47th Annual Joint Panel Meeting, Chiba Japan
  • 16th International Conference on Emerging Infectious Diseases (EID) in the Pacific Rim and 48th US-Japan Cooperative Medical Sciences Program on Cholera and other Bacterial Enteric Infections, Dhaka, Bangladesh
  •  Agilent Automation solution Meeting, Agilent Singapore
  • Research publications in International and National publications : Food control Journal, Food and Nutrition Sciences, Journal of Life Medicines, International Food Research Journal and many more.
  • Personal Investigator for Small grant scheme and Research Acculturation Grant Scheme

Saya berharap agar apa yang saya kongsikan ini, mampu memberi inspirasi serta mencetus sinar harapan bagi anak-anak muda yang berasal dari pendalaman seperti saya supaya meneruskan perjuangan hidup tanpa mengira bidang ataupun pekerjaan. – Dr. Elexson Nillian

Comments

comments