7 Perkara menarik tentang perkhidmatan bot ekspres Sibu – Kapit, Sarawak!

    839

    Penduduk yang tinggal di Bahagian Kapit, Sarawak masih bergantung pada pengangkutan air bagi menghubungkan mereka atau membolehkan mereka keluar masuk ke bandar terdekat iaitu Sibu. Jalan darat yang sedang giat dalam pembinaan dijangkakan akan beroperasi dan boleh dinikmati oleh penduduknya menjelang akhir tahun 2017 atau awal tahun 2018 nanti.

    Tulisan kali ini, Borneo Dihati ingin berkongsi serba sedikit pengalaman dan perkara-perkara menarik ketika menggunakan perkhidmatan bot ekspres dari Sibu ke Kapit. Tulisan ini juga cuba membandingkan secara ringkas perbezaan menaiki bot ekspres dan bas ekspres. 

    1Pengangkutan air 

    Bagi yang ingin mengunjungi Pekan Song, Pekan Kapit dan juga Belaga, pengunjung perlu mengambil perkhidmatan bot ekspres di Terminal Bot Ekspres Sibu.

    Perjalanan dari Sibu ke Daerah Song memakan masa selama 2 jam dan dari Daerah Song ke Kapit pula adalah selama 45 minit.

    Bot ekspres selalunya akan berlepas tepat pada waktunya, namun penumpang adalah dinasihatkan untuk berada dalam bot ekspres 10minit lebih awal.

    Laluan sungai yang dilalui itu nanti adalah Sungai Rejang dan bot eskpres akan “mudik” ke kawasan hulu menuju ke Song dan Kapit.

    2Bot ekspres mempunyai bilik air atau tandas

    Salah satu kelebihan menaiki bot ekspres adalah ia ada menyediakan kemudahan bilik tandas bagi kegunaan para penumpang.

    3Bot ekspress tidak ada “hentian rehat”

    Bot ekspres tidak mempunyai destinasi khas yang berfungsi sebagai “hentian rehat” seperti bas. Lagipun, seperti yang sedia dimaklumkan, bot ekspres ada menyediakan kemudahan bilik tandas bagi kegunaan para penumpang.

    Bagi yang takut kelaparan pula, haruslah membeli makanan dan minuman siap-siap. Bekalan minuman dan makan ringan boleh didapati dengan mudah sekitar terminal. Pun begitu, sebahagian bot ekspres juga ada mengadakan jualan makanan ringan dan minuman dalam bot.

    4Ruang letak bagasi diatas bumbung bot ekspress

    Bagi barangan penting dan saiz bagasi yang tidak terlalu besar, penumpang boleh membawa dan menyimpannya di dalam bot ekspres iaitu tempat duduk masing-masing.

    Sekiranya ia melibatkan barangan bersaiz besar, barang-barang tersebut akan diletakkan diatas bumbung bot ekspres. Sekiranya hujan  ketika dalam perjalanan, pihak pengendali bot ekspres akan menutupinya dengan kanvas atau alas lain.

    5Kadar kemalangan 

    Kadar kemalangan melibatkan bot ekspres sebenarnya adalah rendah. Majoriti kes-kes bot ekspres karam yang berlaku sebelum ini melibatkan muatan penumpang yang berlebihan (ketika musim perayaan).

    6Kapasiti muatan 

    Kapasiti muatan penumpang bagi bot ekspres adalah lebih ramai berbanding dengan bas. Setiap bot ekspres mampu mempunyai kapasiti antara 70 – 90 orang penumpang bergantung pada jenis bot ekspres tersebut.

    7Waktu Operasi

    Tidak seperti bas ekspres yang boleh beroperasi pada waktu siang dan malam, bot ekspres hanya beroperasi sebelah siang sahaja. Faktor ini mengambil kira elemen keselamatan memandangkan pergerakkan di air atau sungai adalah tidak menentu, tidaklah seperti di atas jalan raya.

    Tambahan pula pengemudi bot ekspres memerlukan jarak penglihatan yang baik bagi mengelakk berlaku sebarang pelanggaran yang boleh mengakibatkan kerosakkan pada enjin bot ekpres.

    Sepanjang sungai Rejang terdapat banyak ranting-ranting kayu, kayu balak dan barang buangan lain, dan pengemudi bot perlu dapat melihat dan mengenalpasti halangan tersebut serta mengelak daripada melanggarnya secara langsung. Justeru itu, waktu operasi bot ekspres diadakan pada waktu pagi dan petang adalah lebih baik dan selamat.

    Comments

    comments