5 Fakta Menarik Tentang Kompia Sibu Sarawak

898

Tidak lengkap kunjungan anda ke Sibu, Sarawak sekiranya tidak mencuba dan merasa sendiri Kompia yang boleh didapati dengan mudah di sekitar bandar Sibu.

Jadi, bagi sahabat-sahabat yang merancang melawat Sibu, pastikan anda tidak terlepas peluang merasa sendiri Kompia asli yang terdapat di bandar Angsa ini.

1. Sejarah Kompia 

Kompia sebenarnya berasal daripada negara China. Dikatakan Kompia dibakar buat pertama kali oleh Jeneral Qi Guang pada tahun 1563 di wilayah Fujian, China ketika beliau memimpin pasukannya berperang dengan Jepun.

Oleh kerana dalam kondisi peperangan, keadaan tersebut menyukarkan  proses memasak makanan, maka beliau memikirkan cara untuk menyelamatkan tentera dan kaumnya dari kelaparan dengan membakar roti keras berkerak yang boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama, mudah dibawa ketika bergerak dan boleh makan pada bila-bila masa.

Rupa Kompia yang dijual di Sibu (Foto Kredit : Connie Chew)

Roti tersebut kemudiannya digantung dengan tali bersama-sama dengan sayur-sayuran melalui saluran lubang di bahagian tengah dan seterusnya digantung di atas bahu para tentera.

Dengan cara ini, mereka bukan saja dapat bawa bekalan makanan dengan mudah, bahkan tidak menganggu pergerakkan ketika ke medan pertemuran.

Isu makanan diatasi, dan akhirnya musuh berjaya dikalahkan dan seluruh rantaunya diselamatkan.

Sebagai penghormatan kepada Ketua Jeneral Qi Guang, mereka menamakan roti tersebut sebagai “Guang Ping” atau lebih hari ini lebih dikenali sebagai Kompia. Roti Kompia kemudiannya dibawa ke Sibu oleh komuniti Foochow pada awal tahun 1900-an.

2. Pembuatan Kompia Secara Tradisional 

Sungguhpun sudah ramai pengusaha yang telah menggunakan gas dan ketuhar elektrik bagi menghasilkan dan membakar Kompia, namun, di bandar Sibu ini anda masih boleh dapatkan Kompia asli yang dibakar menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan ketuhar arang.

Ketuhar Arang untuk membakar Kompia (Kredit Foto : Pro Steve)

Bagi pengemar Kompia, sudah tentu cara penghasilan secara tradisi ini tetap menjadi pilihan mereka.

Proses menghasilkan Kompia secara tradisional (Kredit Foto : Seet Wai Song)

3. Dua jenis perisa 

2 Jenis Kompia (Kredit Foto : Josephine Tnay)

Secara umumnya, terdapat  2 jenis perisa utama Kompia, iaitu  jenis yang lembut dan manis, dan satu lagi yang agak keras, mempunyai binjan diataskan dan rasanya lebih kepada masin.

4. Kompia dikomersilkan 

Sekiranya anda berkunjung ke kedai-kedai sekitar pusat bandar Sibu, anda boleh dapati bahawa Kompia telah dikomersialkan mengikut selera pelanggan dengan memasukkan pelbagai inti ke dalam roti itu.

Kompia yang mempunyai inti (Kredit Foto : Frankie Yong)

Anda boleh menemukan Kompia yang berinti ayam BBQ, tuna, ayam, ikan bilis, charsiew dan pelbagai jenis inti-inti lain yang disesuaikan dengan kehendak para pelanggan.

5. Kompia boleh didapti dengan mudah

Kompia seakan-akan sudah sebati dan menjadi sebahagian daripada makan rutin penduduk di Sibu. Ia bukan saja digemari oleh komuniti Foochow, bahkan juga amat disukai oleh penduduk dari etnik lain.

Kompia sesuai jadi sarapan dan alas perut ketika lapar (Kredit Foto : Michael Kong)

Kompia boleh didapati dengan mudah disekitar pusat bandar Sibu dan ia boleh dibeli seawal 6.00pagi sehinggalah ia habis dijual.

Bagi anak kelahiran Sibu yang berkerja dan merantau di luar Sarawak pula, sekiranya berpeluang balik ke laman kampung di Sibu, sudah tentu Kompia akan menjadi antara senarai buah tangan yang akan mereka beli untuk dibawa pulang ke tempat kerja bagi dikongsikan dan dinikmati oleh kawan-kawan mereka yang tidak pernah mencuba kompia.

Comments

comments