Berusia 27tahun, berjaya tamatkan PhD! – Dr. Walton Wider

636

Dr. Walton Wider lahir pada 10 Februari 1989 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Kini berumur 27 tahun. Beliau memulakan pra-sekolah pada umur 5 tahun di Yick Nam Kindergarten, Inanam. Selepas itu, Dr. Walton menyambung ke peringkat sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Yick Nam, Inanam sehingga tamat tahun enam.

​Selepas itu, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk, Likas sehingga awal tingkatan empat. Selepas itu, Dr. Walton mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching, Sarawak selepas mendapat 6A1B pada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Beliau memperolehi 7A, 3B pada peperiksaan SPM pada tahun 2006. Selepas itu, Dr. Walton mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dalam aliran sains hayat. Beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai pada tahun 2011.

 Selanjutnya, beliau meneruskan pengajian Sarjana dalam bidang Pendidikan Psikologi, juga di UTM, Skudai dan bergraduasi pada tahun 2013 dan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (Psikologi) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu pada tahun 2016.

Semasa di sekolah menengah, Dr. Walton aktif dalam sukan karate-do dan olahraga. Beliau pernah memegang rekod lompat kijang selama 5 tahun (2006-2011) di kejohanan olahraga MRSM peringkat kebangsaan. Selain itu, beliau pernah mewakili kontinjen Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) di Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) di Sintok, Kedah pada tahun 2007.

Dr. Walton merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Beliau mempunyai dua orang kakak dan seorang abang. Kakak sulungnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer daripada UMS. Manakala, kakak kedua pula berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan daripada UPM, Serdang. Abangnya pula berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik Perubatan), UTM, Skudai dan kini bekerja sebagai Jurutera Elektrik.

Sejak menamatkan pengajian Sarjana, Dr. Walton berminat untuk menjadi seorang pensyarah. Namun, atas faktor pengalaman bekerja yang kurang serta kelayakan akademik yang tidak mencukupi menyebabkan beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran.

Atas minat yang mendalam terhadap bidang akademik, beliau menyahut cabaran untuk menyambung pengajian ijazah doktor falsafah. Malahan, dorongan ibu bapa serta kemampuan mereka untuk menampung perbelanjaan pendidikan saya juga adalah satu faktor menyebabkan saya menyambung pengajian.

Antara faktor lain adalah ingin membanggakan ibu bapa. Menurut Dr. Walton, beliau masih ingat lagi raut wajah ayah ketika mengambil first degree scroll pada 201. Beliau tidak pernah nampak muka dady begitu bangga.

“I got the chance to see it again on 2013 masa ambil scroll for my second degree. The same expression showed by my dad. It was priceless! Segala penat lelah belajar memang berbaloi bila tengok senyum bangga daddy” tambah Dr. Walton.

Beliau juga tidak lepas daripada berhadapan dengan pelbagai dugaan sepanjang menyambung pengajian PhD. Kata Dr. Walton:

“When I face difficulties or feeling demotivated during my phd journey, I always recall my dad’s expression during my graduation days. Dalam hati saya “I wanna see that face and smile, no matter how hard but I want to see that face again.” I don’t know why, but it never failed to boost my motivation”.

​Selain itu, Dr. Walton juga lebih suka pekerjaan yang boleh membantu dan menginspirasikan orang lain. Salah satu pekerjaan yang beliau ingini adalah berkhidmat sebagai pendidik. Dr. Walton percaya sebagai seorang yang mempunyai Doktor falsafah, beliau akan mempunyai peluang yang lebih besar untuk membantu orang lain.

“Saya boleh menyumbang banyak perkara kepada masyarakat khususnya. It was never about me at the end. I do this for the sake of my loved ones and the society” – Dr. Walton

Antara cabaran yang paling besar semua orang akan hadapi dalam perjalanan menyambung PhD adalah masalah pembahagian masa. Tambahan lagi untuk mendapatkan pengalaman bekerja, Dr. Walton bekerja sebagai pembantu penyelidik dan tutor sambilan di sepanjang pengajian. Ini sekaligus memberi pengaruh yang besar terhadap penulisan tesis.

Rutin harian beliau sebagai pembantu penyelidik bermula pada pukul 8 pagi dan tamat bekerja pada pukul 5 petang. Selepas itu, beliau akan menyambung penulisan tesis saya pada waktu malam. “Kalau tidak penat, saya akan menulis sehingga pukul 10 malam” – demikian kata Dr. Walton.

Saya mendisiplinkan diri supaya menulis at least 3 jam sehari. Hujung minggu merupakan hari yang ditunggu-tunggu sebab hanya pada waktu itu saja saya mempunyai ruang dan masa yang banyak untuk fokus dalam penulisan tesis.

 Saya sangat bersyukur kerana mempunyai penyelia-penyelia yang begitu memahami dan supportive. Saya diselia oleh penyeliaan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Prof. Madya. Dr. Murnizam Hj. Halik, serta ahli-ahlinya terdiri daripada Dr. Mazni Mustapha dan Dr. Ferlis Bahari.

Saya bersyukur kerana saya bertugas sebagai pembantu penyelidik di bawah Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial yang diketuai oleh penyelia saya sendiri iaitu Dr. Ferlis. disebabkan itu, progress saya sering kali dipantau.

​Ramai yang bertanyakan pada saya, susahkah buat PhD? Bagi saya memang susah kalau tiada komitmen dan disiplin.

PhD is a very lonely and boring journey I would perceived. Banyak yang terkandas sebab tidak tahan dengan “perjalanan” tersebut.

Perseverance and sacrifice are the keys to success. Because I believe if you want to gain something, you would lose something. I got my doctorate, but the truth is I lose many things in between. Especially my social time.

Sebagai seorang yang berumur 20an, memang agak mencabar pada mulanya, ramai teman-teman seusia menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang diminati. Mempunyai kerjaya yang tetap dan duit untuk membeli apa sahaja serta mempunyai pasangan hidup. Tapi hidup saya begitu kontra sekali.

Pada umur 24-27 tahun saya masih belajar dan tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada keluarga. Keadaan ini sangat memberi impak kepada diri saya. Tapi saya tetap berfikiran positif dan meneruskan perjuangan.

Harapan saya adalah semakin ramai anak muda di Sabah terutamanya orang asal seperti saya yang akan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Perubahan perlu dilakukan di negara kita sejajar dengan perubahan dunia pada masa sekarang. Perubahan dapat dilakukan jika ramai orang muda yang mempunyai pendidikan tinggi. Sebab hanya pendidikan sahajalah yang boleh merubah hidup seseorang. Kalau bukan dari segi kewangan, tapi at least pendidikan boleh merubah pandangan hidup seseorang. “through knowledge comes wisdom”, itulah moto yang dipegang oleh Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.

Pendidikan bukan menyebabkan seseorang itu pintar atau lebih berkedudukan di sesebuah komuniti, tetapi pendidikan itu seharusnya menyebabkan seseorang itu mempunyai pelbagai alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. That’s why we need a lot of educated people among the indigenous people in Sabah.

Comments

comments