Kumpulan Sape’Star KL akan buat persembahan di Subang, Selangor

439

Borneodihati.org – Kumpulan Sape’Star KL akan mengadakan persembahan live SAPE pada 12 Febuari 2017 (Ahad), 1.30petang di PUTEH, Subang, Selangor sempena dengan Festival Seni, Muzik dan Makanan (PUAS 2017).

Festival PUAS 2017 akan bermula pada 10 Februari 2017 hingga 12 Februari 2017 (11am – 10pm). Festival yang berlangsung selama 3 hari ini akan menempatkan lebih 50 food trucks dan restoran bagi menyediakan beraneka hidangan, pelbagai jenis persembahan serta pameran seni. Kemasukan ke festival tersebut adalah percuma untuk semua.

Selain menerima jemputan bagi membuat persembahan di PUAS 2017, kumpulan Sape’Star KL yang diasaskan oleh Saufi Aiman Yahya dan Anderson Kalang bersama semua ahli KL Sape’ Collective iaitu Alena Murang, Leslie Anak Eli, Munirih Jebeni dan Rosemary Colony Joel juga pernah mengadakan persembahan Sape secara live di stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 19 Januari 2017 yang lepas.

Persembahan tersebut telah berjaya menarik perhatian dan minat orang ramai yang lalu lalang dikawasan berkenaan. Video persembahan mereka yang dimuatkan ke laman Facebook Borneo Dihati pada bulan lepas juga telah ditonton lebih daripada 51k kali dan dikongsikan lebih 1.2k pembaca di media sosial.

Sape di stesen LRT Masjib Jamek, Kuala Lumpur

Persembahan Sape di stesen LRT Masjib Jamek, Kuala LumpurVideo oleh Anderson Kalang

Posted by Borneo Dihati on Monday, January 23, 2017

Selain mengadakan persembahan di pelbagai lokasi, kumpulan Sape’Star KL bersama dengan KL Sape Collective juga buat julung kalinya mengadakan bengkel bagi memperkenalkan Sape serta asas-asas dalam mengendalikan instrumen tradisional ini buat komuniti di KL. Bengkel pertama itu telah diadakan pada 21 Januari 2017 yang lalu dan sertai seramai 40 orang peserta.

40 peserta yang mengambil bahagian dalam bengkel Sape di KL (Kredit foto Clash Donerrin)

Comments

comments