4 Aktiviti Menarik yang Anda Boleh Lakukan Ketika Berkujung ke Sri Aman Sarawak

    349

    Borneodihati.org – Sri Aman atau dahulu dikenali sebagai Simanggang merupakan salah sebuah  bahagian pentadbiran di Sarawak. Bahagian Sri Aman mempunyai keluasan 5466.7 kilometer persegi dan terkenal dengan produk pelancongannya iaitu Pesta Benak yang diadakan setiap tahun.

    Majoriti penduduk di Sri Aman adalah dari etnik Iban diikuti kaum Cina, Melayu dan Orang Ulu. Walaupun masyarakat di Sri Aman terdiri daripada berbilang kaum namun keharmonian diantara mereka tetap terpelihara. Yang paling menarik sekali di Sri Aman ini adalah majoriti penduduknya sangat fasih bertutur dalam Bahasa Iban.

    Bagi anda yang ingin berkunjung ke Sri Aman selain semasa Pesta Benak, di sini dikongsikan 4 perkara yang mesti anda buat di Sri Aman:

    1. Melawat peninggalan sejarah, Kubu Alice 

    Nama Kubu Alice diambil dari nama isteri Charles Brooke Margaret Alice Lili, telah di bina pada tahun 1864 dan merupakan salah satu bangunan yang tertua di Sri Aman.

    Tujuan kubu ini di bina adalah sebagai kubu pertahanan mengawal Sungai Batang Lupar. Bagi mereka yang meminati sejarah, ini merupakan tempat yang perlu anda lawati.

    2. Melawat Taman Panaroma Benak Sri Aman

    Tujuan utama taman ini di buat adalah untuk kemudahan pengunjung melihat Benak semasa Pesta Benak.

    Tetapi rekaan taman Panaroma ini sangat menarik dan sangat bersesuaian jika anda ingin berehat dan melapangkan minda.

    Bagi anda yang mencari tempat yang menarik untuk mengambil gambar seperti pre-wedding shot, Taman Panaroma Benak harus ada dalam senarai anda

    3. Mengunjungi Pasar Tamu Sri Aman

    Ini merupakan tempat yang harus anda kunjungi apabila berada di Bandar Sri Aman, disinilah tempat di mana anda boleh melihat keseluruhan masyarakat Sri Aman berkumpul.

    Di Pasar Tamu ini juga ada menjual pelbagai barangan dapur dan sayuran-sayuran yang segar.

    4. Mencuba pelbagai makanan di Sri Aman

    Salah satu yang terkenal di Sri Aman adalah makanannya yang sangat sedap dan juga unik. Tidak sah kunjungan anda ke Sri Aman jika tidak merasai keenakan makanan di sini.

    Demikianlah 4 perkara yang anda wajib buat semasa mengunjungi Bandar Sri Aman. Pun begitu, ada banyak lagi perkara yang boleh lakukan di Bahagian Sri Aman ini. Sebagai contoh melawat Taman Rekreasi Batang Ai yang terletak satu jam perjalanan dari Bandar Sri Aman.

    Bagi mereka yang suka berkelah ada beberapa tempat anda boleh kunjungi seperti Tempat Berkelah Sungai Raya, Wong Padung dan banyak lagi.

    Jadi tunggu apa lagi? Marilah melawat Bandar Sri Aman.

    Comments

    comments