Jelajah ke Bukit Bagoong, Kota Belud, Sabah

1309

Borneodihati.org – Daerah Kota Belud sudah tidak asing lagi bagi penggemar aktiviti sukan lasak “hiking”. Justeru, tidak hairanlah sekiranya setiap kampung di daerah ini cuba membangunkan produk pelancongan riadah masing-masing selaras dengan bukit-bukit baharu di setiap daerah yg dibuka dan dipromosi serentak dengan populariti industri eko-pelancongan di Sabah.

Kampung Narinang ialah sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Kampung ini terletak kira-kira 21km dari pekan Kota Belud. Majoriti penduduk kampung ini berbangsa Dusun (Tindal / Tobilung) dan beragama Kristian. Walau bagaimanapun, terdapat kaum-kaum lain yang sudah memajmukkan lagi perkampungan ini seperti Cina dan Bajau Samah.

Bukit Bagoong (Catatan Trigonometri Jurutera Inggeris) atau lebih dikenali dengan nama Begung di kalangan penduduk disekitar ini, berketinggian 866m Msl (mean sea level) dari aras laut dan mmpunyai jarak pendakian naik dan turun sepanjang 7.2 Kilometer.

Bukit ini mudah dikunjungi melalui jalan pintas utama Kota Belud – Ranau. Tempat bermulanya pendakian adalah di Sk.Narinang.

Nama bukit ini diambil dari satu jenis tumbuhan rotan yang dikenali sebagai “Rotan Begung” yg banyak tumbuh meliar d kawasan puncak bukit ini.

Terletak berdekatan dengan sempadan daerah Tuaran atau Tamparuli, banjaran bukit ini menjajar sehingga ke daerah Tenghilan iaitu melalui Bukit Purak Mato, Bukit Gudan dan Bukit Bongol di bahagian barat.

Manakala di bahagian timur pula ,ia menjajar ke Kg.Kelawat Tamparuli iaitu Bukit Sasaihan dan Bukit Kokohitan.

Terdapat banyak akses laluan untuk ke puncak bukit Bagoong. Antaranyadari Kg.Gontung Tuaran, Kg.Sogoh dan Kg.purak Ogis. Cuma laluan dari Kg.Narinang sahaja yang dikomersialkan berikutan laluannya yang agak mudah dan perkhidmatan guide ada disediakan.

Topografi bukit ini agak mencabar dengan kecuraman purata 50-60 darjah. Terdapat beberapa laluan lereng bukit yang mencabar keberanian pendaki tetapi selamat untuk dilalui dengan adanya kemudahan tali untuk berpaut dan pengawasan Guide.

Laluan pendakian adalah melalui laluan-laluan hutan tua. Sepanjang laluan menuju ke puncak, terdapat beberapa saliran air dari puncak bukit yang membentuk beberapa air terjun mini serta turut menjadi punca air masyarakat kampung sekitarnya.

Apa yang menariknya, bukit ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri iaitu pemandangan dekat Gunung Kinabalu dari sudut sisi yang berbeza, serta melihat keindahan daerah Tuaran dan Kota Belud dari puncak bukit ini.

Aktiviti rekreasi Bukit Bagoong diusahakan oleh masyarakat kampung yang membentuk jawatankuasa mereka sendiri dan tersenarai dalam projek eko pelancongan KATA (Kadamaian Tourism). Kumpulan pendaki perlu membuat tempahan awal bagi membolehkan jawatankuasa organisasi menyediakan “Guide” yang bertindak sebagai penunjuk jalan ke puncak Bukit Bagoong.

Setiap pendaki dikenakan bayaran RM10. Bayaran tersebut termasuk dengan Permit, Guide dan Sijil.

Aktiviti rekreasi mendaki Bukit Bagoong akan bermula dan dibuka untuk para pengunjung pada pertengahan bulan Febuari 2017 ini, dan akan menjalani beberapa peringkat pengubahsuaian “trail” untuk kemudahan pendaki di masa hadapan.

*Untuk urusan pendakian, sila hubungi :

Mailis Yanbot – 0111 871 1974
Anton Seridon – 0111 606 7030
Litin Pouli – 016 820 3192

Comments

comments