Seramai 75 orang pelajar baru dari Sarawak lanjutkan pengajian di UPSI – ambilan Februari 2017

549

Borneodihati.org – Seramai 75 pelajar Sarawak ambilan Februari 2017 telah berjaya melanjutkan pengajian bertaraf Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Kesemua pelajar telah mendaftarkan diri pada 5 Februari 2017 yang lalu dan akan menerusi pengajian masing-masing, sama ada program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) atau Ijazah Sarjana Muda – mengikut bidang pilihan mereka.

UPSI adalah antara universiti di Semenanjung Malaysia yang mempunyai bilangan pelajar Sabah dan Sarawak yang ramai. Bagi kumpulan pelajar Sarawak saja, dianggarkan lebih daripada 700 orang pelajar sedang menuntut di institusi pengajian tinggi berkenaan.

Urusan pendaftaran pelajar baru dan pengaturan logistik bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pelajaran ke UPSI juga berjalan dengan lebih lancar dengan adanya bantuan daripada persatuan pelajar.

Umpamanya, komuniti anak Sarawak di UPSI membentuk Persatuan Jalinan Anak Sarawak (JASA) bagi menjaga kebajikan pelajar Sarawak di UPSI dari pelbagai segi termasuk sumbangan kepada ahli keluarga pelajar yang meninggal, menghantar pelajar ke KLIA, membantu pelajar dalam urusan di UPSI serta menganjurkan pelbagai program bersama para pelajar dan sebagainya.

Comments

comments