5 panduan penting sebelum mendaki Bukit RISM – lokasi titik tengah Negeri Sabah

338

Sebelum ini, kita telah berkongsi tentang puncak Bukit RISM atau “Center of Sabah”, lokasi terletaknya titik tengah Negeri Sabah.

Bagi yang belum membacanya, boleh baca disini : Puncak bukit ini terletaknya kedudukan sebenar titik tengah Negeri Sabah

Untuk artikel kali ini, kita akan berkongsi tentang 5 perkara penting yang perlu anda lakukan atau ambil tahu sebelum turun menjejaki Bukit RISM.

1. Dapatkan Permit Permohonan

Oleh kerana Bukit RISM ini termasuk dalam hutan simpan perlindungan kelas 1, anda perlu memohon permit masuk dengan menghantar surat rasmi pemohonan kepada Jabatan Perhutanan Daerah Tongod melalui fax.

Sila sertakan tarikh mendaki, nama pendaki, no kad pengenalan, alamat serta nombor kereta berserta nama pemandu.

Pastikan anda menghantar surat 2 atau 1 minggu lebih awal sebelum mendaki bagi memudahkan proses permohonan.

Pendakian hanya dibenarkan pada hari bekerja sahaja (Isnin hingga Jumaat) dan harus dimulakan pada awal pagi disebabkan jarak pendakian mengambil masa.

Sekiranya anda ingin melakukan pendakian hujung minggu, sila sertakan alasan yang kukuh dan mungkin juga anda perlu membayar jurupandu lebih dari kadar biasa.

Pejabat Perhutanan Daerah,Tongod
Peti Surat 212, 90702, Sandakan
Sabah, Malaysia
Tel:087-721101/721103
Fax:087-721102

2. Buat tempahan penginapan

Jarak lokasi Centre Of Sabah amat jauh dari daerah-daerah utama negeri ini. Saya cadangkan anda datang awal sehari pendakian dan menginap semalam sebelum memulakan aktiviti pendakian pada keesokan harinya.

Tempat yang saya boleh cadangkan dan menjimatkan masa perjalanan anda ialah :

  • Chalet Tawai Rainforest Camp yang terletak 4km dari pekan Telupid dan 60 km dari Jabatan Perhutanan Tongod (Meet Point before hike to Centre of Sabah). Kadar bayaran chalet adalah antara RM50-RM100

3.Logistik dan pengangkutan

Jalan menuju ke Pejabat Perhutanan Daerah Tongod iaitu tempat berkumpul sebelum meneruskan pendakian ke Centre Of Sabah akan melalui jalan tidak berturap. Kenderaan pacuan empat roda adalah kenderaan yang paling sesuai melalui jalan ini.

Anda mungkin perlu menyewa sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sekiranya anda membawa kenderaan sendiri, pastikan kenderaan anda mempunyai bekalan minyak yang mencukupi kerana tiada stesen minyak di kawasan ini kecuali daerah Tongod dan penjualan petrol tepi jalan tanpa subsidi.

4. Benda yang harus dibawa ketika mendaki

  • Makanan(simple lunch) Bread, Coklat, Nasi Bungkus dan lain-lain (tiada restoran di kawasan ini)
  • Air yg mencukupi
  • Spray anti serangga / pacat
  • Ubat-ubatan
  • Hiking Stick
  • Pakaian salinan
  • GPS (optional)

5. Bayaran

Bayaran permit masuk Jabatan Perhutanan Tongod adalah sebanyak RM5. Bayaran jurupandu pula buat masa kini belum ditetapkan. Sila rujuk jurupandu yang bertugas semasa aktiviti pendakian dijalankan.

Berikut adalah intisari jaduan pendakian kami sebelum ini:

Hari Pertama 

  • 0900am – Bertolak dari Pekan Tamparuli
  • 1100am – Tiba di Pekan Ranau /Sarapan / Beli barang keperluan
  • 1200pm – Bertolak ke Pekan Telupid
  • 0130pm – Daftar masuk ke Chalet Tawai Rainforest Camp
  • 0200pm – Mandi Manda di pusat reakreasi Tawai Rainforest Camp (Bayaran Rm3) / aktiviti sendiri

Hari Kedua

  • 0530am – Bertolak Ke Pejabat Perhutanan Daerah Tongod (60KM)
  • 0630am – Tiba di simpang Berpapan tanda kan (Imbak Canyon Conservation Centre)
  • 0715am – Tiba di Pejabat Perhutanan Daerah Tongod / Sesi Breifing / Daftar nama
  • 0750am – Meneruskan perjalanan ke Centre Of Sabah Trail sejauh 8.5KM
  • 0830am – Tiba di starting point / memulakan pendakian / pendakian santai
  • 1030am – Tiba di puncak Bukit RISM / Obeserve GPS / Sesi Bergambar
  • 1130am – Mula Turun ke Starting Point
  • 1230pm – Tiba di Starting Point / Meneruskan perjalanan ke Air Terjun Tinkar tidak jauh dari Pejabat Perhutanan Tongod
  • 0300pm – Bersurai / Balik ke penginapan
  • 0600pm – Makan / Bertolak balik ke Kota Kinabalu

Untuk maklumat lanjut dan urusan pendakian, sila hubungi :

Eric Gimputu : 017-892 8234 atau
Pejabat Perhutanan Daerah,Tongod
Peti Surat 212,90702,Sandakan
Sabah,Malaysia
Tel:087-721101/721103
Fax:087-721102

Comments

comments