Anak Muda Iban Berusia 27tahun Mahu Pastikan Lakaran Corak Dayak Tidak Pupus Ditelan Zaman

    412

    Sebagai seorang anak berbangsa Iban dari Sarawak yang baru berusia 27 tahun, Elvin anak Jawol mencabar dirinya sendiri untuk melakar corak motif Dayak dengan teknik tersendiri.

    Elvin adalah seorang anak muda yang tinggal di sebuah rumah konkrit moden biasa di Kampung Entingan yang terletak di bandar Kota Samarahan, Sarawak. Beliau mula mendapat inspirasi untuk melakar motif Dayak setelah mengimbau kembali pengalamanannya melakukan kajian lapangan di rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak.

    Sejak itu, beliau mula perasan bahawa adat dan budaya ini sangat jarang diaplikasikan di rumah-rumah biasa di bandar. Beliau juga sedar bahawa budaya ini perlu dikembangkan dan disambung oleh generasi muda kini supaya tidak pupus ditelan zaman moden ini.

    Bagi mengisi masa lapang sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di UNIMAS, beliau telah mengambil masa lebih sebulan untuk menyiapkan lakaran tersebut dengan teknik tersendiri.

    Melukis sebuah motif seperti ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana memerlukan ketelitian, kreativiti dan erti tidak kenal putus asa.

    Beliau mengaplikasikan kemahiran komputer (Photoshop) untuk menggabungkan beberapa corak motif Dayak dan kemudiannya dilakarkan di tiang rumah berukuran 1.5 kaki lebar menggunakan pensel.

    Langkah seterusnya adalah dengan mengecat lakaran tersebut dengan warna yang sesuai. Bagi menjimatkan masa, beliau menggunakan stryrofoam yang telah beliau ukir sebagai acuan dalam merealisasikan usaha menghasilkan lakaran corak yang lengkap.

    Langkah terakhir bagi menyiapkan lakaran tersebut adalah menggunakan beberapa “spray paint”. Beliau memilih menggunakan cat minyak (oil-based) berbanding cat mural kerana cat minyak mempunyai ketahanan dalam jangka masa yang lebih lama.

    Gambar di atas merupakan styrofoam yang telah diukir dan dipotong dengan styrofoam cutter serta kertas keras yang telah digunting mengikut corak motif yang diinginkan.

    Berikut merupakan bahan-bahan asas yang beliau gunakan untuk menyiapkan motif tersebut:

    1. Cat minyak (oil-based paint)
    2. Cat jenis semburan (spray paint)
    3. Thinner
    4. Berus warna pelbagai saiz
    5. Gunting dan pisau
    6. Pensel
    7. Styrofoam dan styrofoam cutter
    8. Cellophane tape
    9. Measuring tape atau pembaris
    10. Kertas keras

     

    Comments

    comments