Eko pelancongan di Kg. Terintidon, Kota Belud, Sabah

    2139

    Kg. Terintidon terletak lebih kurang 23 KM dari pekan Kota Belud, Sabah. Anda akan melalui Tagal Kg. Talungan iaitu kira-kira 3KM sebelum sampai di Tagal Kg. Terintidon. Perjalanan ke sana juga amat mudah kerana semua jenis kenderaan boleh sampai ke kampung ini.

    Nama Bukit Garas yang terletak di Kg. Terintidon ini berketinggian 625M. Nama asal bukit ini diambil sempena bentuk muka bumi bukit itu sendiri yang mana kebanyakan kawasan bukit Garas terdapat batu sama ada batu-batu besar atau pun kecil (loose rock) yg membuatkan para petani yg mengusahakan pertanian pindah di bukit itu sukar untuk mengusahakan pertanian mereka sama ada menanam padi atau pun tanaman lain.

    Walaupun demikian, tanaman di bukit itu sangat subur, terutamanya halia dan sayur sayuran.

    Di bukit itu sendiri terdapat 1 kawasan yang tidak pernah di teroka untuk penanaman padi dan tanaman lain disebabkan batu besar yang terdapat di situ yang merupakan pusat (tengah-tengah) Bukit Garasyang juga merupakan tempat tingal mondou (harimau dahan/bintang) mengikut mitos orang-orang tua.

    Di Bukit Garas juga terdapat 1 tempat yang merupakan kawasan menuntut ilmu (terutama ilmu kebal) oleh nenek moyang pengasas Kg. Terintidon.

    Aktiviti hiking JKB bermula seawal 8.30 pagi seramai 12 orang disertai oleh 2 (dua) orang pemandu arah atau guide untuk mengiringi pendakian kami. Ya, perlukan Guide disebabkan trek/ trail yang agak mencabar bagi yang beginner dan potensi sesat jalan adalah ada sekiranya tidak fokus.

    Perjalanan dari starting point ke puncak mengambil masa selama 1 (satu) jam sahaja bergantung kepada stamina masing-masing. Ada yang sampai dalam masa 40 minit dan ada juga yang lebih dari 1 jam.

    Masa pendakian adalah fleksibel, ini kerana trek pendakian adalah sangat redup dan tidak panas kerana dilitupi dengan pokok-pokok yang banyak.

    Semasa pendakian anda akan melewati ladang pokok getah, koko, dan durian. Trek masih agak baru dan anda perlu la berhati-hati dan menggunakan kasut yang sesuai seperti adidas kampung ataupun kasut hiking.

    Di pondok pendaftaran ada menyewakan kasut adidas kampung dengan sewa RM3 sepasang.

    Pemandangan di puncak Bukit Garas adalah sangat cantik dan boleh melihat pemandangan pandangan 360 darjah. Di atas puncak juga ada tersedia pondok untuk berehat dan berteduh dari hujan dan panas.

    Setelah selesai aktiviti pendakian, anda boleh manyambung aktiviti dengan bermandi manda di Sungai Sisipon.

    Airnya yang sejuk sangat menyegarkan ditambah aktiviti air seperti ‘tubing’, body rafting dan bersantai.

    Walaubagaimanapun, anda haruslah memilih kesesuaian tempat mandi kerana terdapat bahagian sungai yang dalam dan deras.

    Comments

    comments