Rumah kuning itu gereja, yang biru itu surau – berjiran dan berkongsi pagar yang sama

10836

Cuba tengok betul-betul. Apa yang ISTIMEWA dengan gambar ini, selain awan kumulus yang berpupul putih di langit, dan kehijauan rimba tropika yang begitu mempesona?

Yang kuning itu gereja, yang biru itu surau –– berjiran dan berkongsi pagar yang sama. Ini satu manifestasi markat tertinggi keindahan beragama –– apabila penganut berlainan saling menghormati hak masing-masing untuk beribadat.

Dalam Islam, persahabatan tanpa prejudis begini terterap dalam konsep –– “lakum dinukum waliyadin”. Agama bukan sekadar mendidik kita tentang soal tauhid dan feqah. Tetapi juga tentang akhlak dan ihsan sesama insan.

Apa guna kita jadikan perbezaan Tuhan sebagai alasan untuk saling membenci dan bermusuhan? Sedangkan tujuan kita semua ber-Tuhan adalah untuk mencari kehidupan yang lebih aman dan sejahtera.

“Harmoni yang indah. Surau dan gereja bersebelahan. Kg Tinanduk, daerah kecil Pagalungan, Nabawan, Sabah.” – Tuan Hj. Samin Ongki

Comments

comments