Pasangan Jepun pilih Kudat, Sabah sebagai destinasi honeymoon & kahwin ikut tradisi Rungus

    3584

    Borneodihati.org – Pasangan Jepun iaitu Tomoya dan Saaya berpeluang melangsungkan perkahwinan mereka mengikut tradisi Rungus di Monungkus, Kg. Inukiran, Kudat, Sabah pada 27 Januari 2017 yang lalu

    Pasangan Jepun ini berkenalan buat kali pertamanya di Kg. Inukiran ketika mereka menghadiri program pelajar Jepun yang diadakan di Sabah pada tahun 2009.

    Dari situ Tomoya dan Saaya mula mengenali antara satu sama lain dan membuka lembaran baru kisah kehidupan mereka berdua.

    Selepas pulang ke Jepun, pasangan ini memulakan percintaan mereka dan akhirnya mereka berkahwin pada Disember 2016 yang lepas.

    Jadi, Monungkus, Kg Inukiran, Kudat, Sabah tempat dimana mereka telah dipertemukan dan membawa kepada ikatan kasih antara dua pasangan ini telah menjadi salah satu destinasi honeymoon pilihan mereka.

    Pada 27 Januari 2017, Monungkus yang menerima kehadiran pasangan ini telah mengaturkan pakej istimewa buat pasangan ini, meraihkan detik yang istimewa dalam hidup mereka dengan mengadakan majlis perkahwinan tradisi Rungus.

    Comments

    comments