Nawi berjalan kaki 2 jam setiap pagi untuk ke sekolah

6552

Seperti pelajar-pelajar lain di Pulau Banggi, Kudat, Sabah, Nawi mengambil keseluruhan masa perjalanan sebanyak 4 jam sehari untuk pergi dan pulang sekolah.

Sudah menjadi kebiasaan pelajar di sini merentas belantara seorang diri.

Kenapa dia tidak berkasut? (berkaki ayam seperti di foto)

Kasut adalah satu kemewahan untuk pelajar disini. Ia sukar didapati melainkan dengan bantuan sekolah.

Jadi untuk memanjangkan hayat kasut tersebut, kebanyakan pelajar disini akan menanggalkan kasut dan berkaki ayam sepanjang perjalanan pergi dan pulang.

Bagi mereka, kasut hanya layak dipakai di sekolah.

Saya rasa tiada semangat anak-anak di bandar yang dapat dibandingkan dengan semangat anak-anak disini.

Kemiskinan dan kesukaran perjalanan tidak pernah melunturkan semangat mereka untuk dapat menuntut ilmu.

Boleh anda bayangkan berjalan kaki dalam kegelapan seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah?

Perkara seperti ini membuatkan saya rasa sebak dan sedar betapa beratnya tanggungjawab yang sedang saya pikul sebagai guru di sini sekarang.

Living in here makes me think a lot.

 

Hantar perkongsian atau mesej anda di sini : Hantar Artikel

Comments

comments