Video : Cara membuat tikar rotan atau “kasah” Bidayuh

145

Tikar ini diperbuat daripada rotan yang dianyam dengan kulit pokok yang telah keringkan.

Tikar Rotan atau lebih dikenali sebagai “Kasah” ini dihasilkan oleh masyarakat Bidayuh Sarawak yang pada suatu masa dahulu, ia digunakan sebagai tempat mengeringkan dan menjemur padi.

Kini, “Kasah” didatangkan dengan berbagai corak-corak yang unik dan cantik, hinggakan ia sesuai dijadikan sebagai hamparan di dalam rumah.

Ia juga sesuai untuk dijadikan cenderahati, hadiah hantaran dan juga sebagai tanda kenang-kenangan semasa berkunjung ke negeri Sarawak.

Kasah ini boleh didapati dengan berbagai saiz dan motif yang menarik mengikut ciri – ciri yang dikehendaki pelanggan / pembeli.

Comments

comments