Pembinaan Pasar Muafakat Sabah di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor

454

Borneodihati.org – Pasar Muafakat Sabah akan dibina di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor untuk manfaat kepada masyarakat Sabah dan penduduk sekitarnya menjalankan akitiviti perniagaan dalam keadaan yang lebih selesa.

Projek pembinaan “pasar tamu” yang berkeluasan 19,139 kaki persegi dan bernilai RM1.5juta ini akan mula dibina pada bulan Mac tahun ini dan dijangkakan akan siap dibina dalam tempoh 8bulan.

Dianggarkan seramai 20,000 ribu orang anak Sabah kini menetap di Johor dan daripada jumlah itu, seramai 13,000 ribu menetap di Pasir Gudang.

Apabila siap dibina nanti, Pasar Muafakat Sabah @ Johor akan dapat menempatkan 40 unit gerai selain mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti pejabat urusan, pentas, bilik solat, ruang legar dan tandas.

Kerajaan negeri Johor turut melantik Ketua Masyarakat Sabah yang pertama di Johor iaitu Tuan Ibrahim Taib, 39 tahun bagi membantu menjaga kebajikan komuniti Sabah dan sebagai jambatan penghubung bagi sebarang urusan dengan pihak kerajaan.

Pecah Tanah Pasar Muafakat Sabah dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Masyarakat Sabah telah disempurnakan oleh YAB Dato’Mohamed Khaled Nordin pada 4 Februari 2017 yang lepas.

Comments

comments