Tidak kira dimana, kami sedia berkhidmat! – Klinik Bergerak

153

Perjalanan Klinik Bergerak kami pada kali ini ke Kampung Sungai Magandai disertai seorang Pegawai Perubatan, tiga orang Medical Assistants, dua orang Staffnurses dan tiga pemandu kami yang berwibawa bersama jentera penggerak 4×4 mereka.

Cuaca masih mendung-mendung hujan sekali sekala sepanjang perjalanan.

Perjalanan masih sukar dengan keadaan muka bumi yang lembap dan terdapat laluan yang perlu ditempuhi seperti batang pokok yang tumbang serta runtuhan tanah.

Sungai disusuli dengan penuh berhati-hati kerana perubahan dasar sungai akibat daripada hujan lebat yang berterusan sebelum ini.

Setelah menempuhi perjalanan hampir 4 jam, bumi Sg Songsogon tersergam indah dengan labaian penduduk setempat berlatarbelakangkan kehijaun mukabumi.

Ketibaan kami disambut dengan senyuman manis penduduk di sana terutamanya kanak-kanak yang masih berpakaian sekolah.

Ia seharusnya dibalas dengan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada mereka walaupun dibatasi pelbagai limitasi sumber.

Rawatan pesakit luar, bayi, kanak-kanak, orang dewasa, laki-laki dan wanita beserta warga emas diberikan.

Tidak lupa perkhidmatan vaccination, ibu mengandung, dan sebagainya.

Pasukan kami berpeluang menggunakan mesin scan terbaru untuk memeriksa viability kandungan, fetus growth dan sebagainya. Small & compact !

Kami menggunakan ruang bilik darjah untuk sesi klinik kami. Di sana juga semua perkhidmatan kesihatan diberikan termasuk unit pharmacy, kecuali untuk kes ibu mengandung ruangan yang sedikit tertutup digunakan di bilik darjah bersebelahan.

Apa-apapun, di mana sahaja. Kami Sedia Berkhidmat!

Comments

comments