Kanak-kanak 5 Tahun Selamatkan 2 Orang Adiknya Ketika Kebakaran Rumah Panjang

1774

Kisah keberanian kanak-kanak berusia 5 tahun menyelamatkan 2 orang adiknya yang masing-masing berusia 3 tahun dan 1 tahun semasa berlakunya kebakaran rumah panjang di Sabah baru-baru ini.

Ketika kejadian, ibubapa mereka tidak ada di rumah.

Semasa berlaku kebakaran, anak kecil ini mengangkat adik kecil berumur 1 tahun yang masih tidur dan menarik seorang lagi adiknya berumur 3 tahun untuk keluar dari rumah panjang yang sedang terbakar.

Anak kecil ini kemudiannya membawa adik-adiknya jauh hingga di tengah kebun kelapa sawit.

Setelah rumah panjang terbakar, orang ramai menyangka tiga adik-beradik ini sudah tidak ada harapan untuk selamat.

Berjam-jam selepas kejadian kebakaran itu baru mereka jumpa tiga adik-beradik ini sedang berpelukan ditengah kebun kelapa sawit.

Syukur selamat.

Comments

comments