Restoran Rumah Asap Borneo kini dibuka di Cheras, Kuala Lumpur

5916

Borneodihati.org- Rumah Asap adalah tempat makan yang cukup popular dalam kalangan komuniti di Sabah dan Sarawak.

Rumah Asap berkonsepkan “foodcourt” yang menghidangkan beraneka jenis makanan bakar atau yang dipanggang kepada para pengunjung.

Kini Restoran Rumah Asap Borneo turut dibuka di Semenanjung Malaysia.

Restoran yang terletak di 9G, Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur ini beroperasi secara rasmi pada 12 Mac 2017.

Restoran Rumah Asap Borneo di Cheras ini menawarkan pelbagai hidangan Borneo seperti laksa Sarawak, mee kolok, pansuh, mee goreng basah, sup salai, daging babi panggang dan juga masakan tempatan pada harga yang amat berpatutan.

Pada hari pembukaanya, Restoran Rumah Asap Borneo telah dibanjiri oleh ramai anak-anak Borneo perantauan di Kuala Lumpur.

Selain itu, ia juga menarik kehadiran pelanggan dalam kalangan komuniti setempat yang tinggal berdekatan dengan restoran berkenaan.

Berikut adalah info tentang hari dan waktu operasi Restoran Rumah Asap Borneo :

  • Alamat : 9G, Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur
  • Hari & waktu operasi : Isnin hingga Ahad (7.00pagi – 12.00tengah malam)

Comments

comments