Anak Sarawak mencipta nama di pentas Pitch for Progress 2017

169

Borneodihati.org – Philip Yeoh dan Elyssa Heinzie anak Josin adalah anak Sarawak yang berjaya mengharumkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di peringkat kebangsaan.

Pada 3- 5 Mac 2017 yang lepas, UPSI telah menghantar 6 mahasiswa UPSI untuk bertanding di pentas Pitch for Progress.

Apa yang membanggakan, Pasukan UPSI berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir lantas menempatkan diri dalam Top 8 dari 40 IPT seluruh Malaysia.

Pitch for Progress 2017 merupakan platform berbentuk pertandingan yang mengalakkan mahasiswa mengemukan idea untuk memantapkan lantas memperbaiki persepsi masyarakat terhadap pendidikan tinggi di Malaysia.

Mahasiswa akan mengemukan dan membentangkan idea mereka di hadapan Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Pertandingan ini disertai oleh 40 pasukan daripada institusi pendidikan tinggi seluruh Malaysia.

Meskipun tidak terpilih sebagai pemenang, namun sumbangan mereka dalam menempatkan nama UPSI dalam senarai 8 terbaik wajar dibanggakan.

Sekalung penghargaan buat Philip dan Elyssa.

Comments

comments