Lelaki mengamuk pecahkan cermin premis Digi kerana kredit telefon cepat habis

243

Gempar petang semalam di Sibu, Sarawak apabila seorang lelaki mengamuk memecahkan cermin premis Digi menggunakan kayu golf.

Siasatan awal oleh pihak polis mendapati suspek mengamuk kerana tidak berpuas hati kredit prabayarnya cepat habis dan berkurangan sebanyak RM4 setiap hari.

Posted by Mohd Lantou on 13hb Mac 2017

 

Suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan berjaya diberkas oleh pihak polis di sekitar Jalan Belian

Menurut portal Berita Harian, suspek bukan saja merosakkan premis di Jalan Wong King Huo, malah selepas itu suspek memecut kenderaannya ke sebuah lagi pusat khidmat syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan.

Comments

comments