Semua produk di kedai ini berharga RM2.50

579

Sejak dilancarkan dan beroperasi awal tahun ini, rangkaian perniagaan jualan barangan murah iaitu Ninso RM2.50 cukup terkenal dalam kalangan warga di Kota Kinabalu, Sabah.

Semua barangan yang dijual di Ninso berharga RM2.50.

Ini termasuk produk seperti pakaian, makanan dan minuman, barangan dapur, peralatan dan sebagainya.

Pembukaan kedai Ninso RM2.50 ini memberikan pilihan alternatif kepada para pengguna bagi mendapatkan pelbagai jenis barangan keperluan dan kegunaan rumah pada harga yang rendah, menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

Comments

comments