Warung Tribago Borneo dibuka di Puchong, Selangor

590

Warung Tribago Borneo yang dibuka di Puchong, Selangor menyediakan pelbagai sajian Sabah bagi memenuhi permintaan anak-anak Sabah perantauan di KL dan Selangor yang rindu akan masakan kampung.

Antara tarikan utama di warung ini ialah mee basah. Di Sabah, mee basah ini adalah salah satu makanan yang popular dan sedap.

Warung Tribago Borneo menyajikan mee basah dengan rasa asli seperti berada di Borneo. 

Semua sajian di warung ini juga dijamin halal bagi memastikan ia sesuai dinikmati semua lapisan masyarakat.

Selain mee basah, antara masakan Sabah yang lain boleh didapati di Warung Tribago Borneo ini adalah seperti mee tauhu, nasi kuning, mee hoon soto, mee ayam, kuew tiew basah, watan hoo dan nasi goreng Sabah.

Alamat dan waktu operasi Warung Tribago Borneo :

Alamat : G-90A, Alpha Arena Apartment, Lingkaran Putra Perdana, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Hari & Waktu Operasi : Beroperasi tiap hari kecuali hari Rabu (cuti), 7.00pagi – 5.00petang

Comments

comments