Skim Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak 2017

442

Permohonan adalah terbuka kepada anak-anak Sarawak yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang memohon Skim Biasiswa Bestari Yayasan Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di

  1. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  2. Curtin University of Technology Miri Campus
  3. University College of Technology Sarawak, Sibu

KRITERIA PERMOHONAN

  1. Terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan peringkat Matrikulasi/Asasi/A-Level/Diploma/STPM atau yang setaraf dengannya dan mereka yang dalam pengajian dengan institusi berkenaan, yang sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA sekurang- kurangnya 3.0 dan ke atas.
  2. Sifat kepimpinan yang tinggi dan penglibatan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum merupakan kriteria tambahan yang boleh menyokong permohonan (sila kepilkan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan).
  3. Pilihan kursus yang ditawarkan adalah terbuka kepada semua kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda.

PROSEDUR PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat secara “online” melalui laman web Yayasan Sarawak (www.yayasansarawak.org.my)
  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi masing-masing beserta salinan dokumen sokongan dan sijil yang sudah disahkan

ALAMAT UNIVERSITI 

  1. Swinburne University of Technology Sarawak Campus Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching
  2. Curtin University of Technology Miri Campus CDT 250, 98000 Miri
  3. University College of Technology Sarawak 868 Persiaran Brooke, 96000 Sibu

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai ke alamat seperti pada selewat-lewatnya pada Jumaat, 7 April 2017

Hanya calon yang telah disenaraipendek dan ditapis sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

Yayasan Sarawak berhak untuk mengubah mana-mana kandungan pada iklan ini.

Comments

comments