Menangang Place Yang Terletak di Lawas Tawarkan Pengalaman Percutian Yang Unik

    2068

    Dengan ketinggian 600 meter dari paras laut dan sejauh 57km dari bandar terdekat iaitu Lawas, Sarawak adalah tempat terletaknya Menangang Place.

    Tempat ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang terbentang luas dan kawasan tanah tinggi yang menjadi penempatan sebuah kaum minoriti dari suku kaum Lun Bawang.

    Dalam Bahasa Lun Bawang, “Menangang” bermaksud Kenyalang – Kenyalang adalah salah satu spesis burung yang dilindungi dan menjadi simbolik kepada Negeri Sarawak.

    Menangang Place dibina mesra alam dengan penggunaan tenaga solar bagi menjana tenaga elektrik dan mandian air panas peribadi.

    Para tetamu yang datang akan dapat menikmti pemandangan hutan dan gunung-ganang yang indah.

    Terdapat 11 buah bilik yang dihias berbeza serta unik bagi memberikan keselesaan sambil dikelilingi flora dan fauna dan jauh dari hiruk pikuk kota raya.

    Tempat ini memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pencinta alam semulajadi yang dipenuhi hidupan flora dan fauna.

    Dari Menangang Place, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dan mengunjungi tempat tarikan yang berdekatan. Antaranya adalah seperti:

    1. Kolam Air Panas – Merarap Hotspring

    20 minit perjalanan menggunakan kenderaan dari Menangang Place, anda akan tiba di sebuah tempat yang menyediakan khidmat mandi kolam air panas. Nikmati peluang untuk mandi di dalam kolam-kolam air panas dengan yuran masuk yang berpatutan.

    2. Ternakan Ikan Air Tawar

    15 minit perjalanan dengan menggunakan kenderaan ke Kampung Long Lidong dan nikmati pengalaman bermain dengan ikan-ikan (Ikan Semah – antara spesis ikan termahal di Malaysia) yang jinak di sungai air tawar Kampung Long Lidong. Yuran masuk akan dikenakan.

    3. Menyaksikan Pelbagai Spesis Burung Dan Serangga

    Menangang Place dikelilingi dengan hutan hujan tropika yang dipenuhi oleh pelbagai jenis spesis burung dan serangga. Burung kebangaan Sarawak iaitu Burung Kenyalang boleh disaksikan di sini.

    4. Payeh Maga

    Menangang Place hanya 5km dari jalan mula masuk ke Payeh Maga – Tempat tumpuan bagi pengkaji dan pencinta burung serta serangga.

    5. Bermandi-manda di Sungai

    10 minit dari Menangan Place, anda boleh menikmati pengalaman mandi di sungai hutan hujan tropika.

    6. Kembara Hutan

    Mulakan kembara anda dari Menangang Place melalui denai-denai yang telah disediakan dan anda boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna yang ada disekitar

    Untuk ke Menangang Place, sama ada dari Sabah atau Sarawak atau Semenanjung Malaysia, anda perlu menjejaki Lawas terlebih dahulu.

    Berikut adalah alternatif yang anda boleh gunakan untuk sampai ke Lawas dan seterusnya Menangang Place : Cara ke Lawas & Menangang Place

     

     

    Comments

    comments