16 jenis menu istimewa hujung minggu ini di Restoran Rumah Asap Borneo, Cheras, KL

1043

Restoran Rumah Asap Borneo yang terletak di 9G, Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur telah beroperasi secara rasmi pada 12 Mac 2017.

Restoran Rumah Asap Borneo di Cheras ini menawarkan pelbagai hidangan Borneo seperti laksa Sarawak, mee kolok, pansuh, mee goreng basah, sup salai, daging babi panggang dan juga masakan tempatan (tidak halal).

Hujung minggu ini iaitu 18 Mac 2017 (Sabtu) dan 19 Mac 2017 (Ahad), Restoran Rumah Asap Borneo akan menawarkan sekurang-kurangnya 16 jenis menu istimewa bagi dinikmati oleh pelanggan mereka.

Senarai 16 jenis menu tersebut:

  1. Bucai / Kucai
  2. Miding / Lemiding
  3. Daun Ubi
  4. Cangkuk Manis
  5. Kulat kerang / getah
  6. Sawi Ensabi
  7. Daun Ensabung
  8. Kasam Sawi Ensabi
  9. Upak Sawit
  10. Upak Lalis
  11. Upak Lengki & daging ayam tua
  12. Terubuk Masin
  13. Manuk Pansuh
  14. Pansuh Talipia / Keli
  15. Kasam babi
  16. Pansuh babi

Restoran Rumah Asap Borneo yang beralamat di 9G, Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur beroperasi dari Isnin hingga Ahad (7.00pagi – 12.00tengah malam).

Comments

comments