Sarawak : Hadiah wang tunai menanti pelajar cemerlang SPM & STPM

798

Borneodihati.org – Sarawak Timber Association (STA) menerusi anak syarikat STA Mutual Sdn Bhd (STAM) dalam siaran media meminta pelajar cemerlang STPM dan SPM memohon hadiah tunai yang akan disampaikan oleh syarikat berkenaan.

Setiap permohonan yang berjaya akan menerima hadiah tunai bernilai RM550 bagi pelajar cemerlang SPM dan RM650 bagi pelajar cemerlang STPM.

Tiga kriteria utama permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pelajar adalah berasal daripada Sarawak atau ibu bapa adalah Sarawakian
  2. Keputusan peperiksaan, bagi SPM adalah minimum 8 A dan STPM pula adalah 2A
  3. Menduduki SPM dan STPM pada tahun 2016 dan sekolah terletak di Sarawak

Para pelajar yang memenuhi kriteria berkenaan perlu memohon sebelum 17 April 2017.

Pemohon boleh dimuat turun borang permohonan dari portal STA dan dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke STA Mutual Sdn Bhd, 11 Floor, Wisma STA, 26, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak.

Pada tahun lepas, seramai 449 orang pelajar SPM dan 168 orang pelajar STPM telah menerima anugerah tunai yang disampaikan oleh pihak STAM.

Kredit foto : Cats FM

Comments

comments