Food truck pertama menjual makanan Sarawak di Kuala Lumpur – Muzzy Food Truck

1760

Borneodihati.org – Muzzy Food Truck yang dimiliki oleh anak Sarawak iaitu Mohammad Namazi Salleh telahpun beroperasi secara rasmi pada 1 November, tahun 2015.

Ia adalah “food truck” yang pertama menjual makanan Sarawak di Semenanjung Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur.

Menurut pemiliknya, Mohammad Namazi Salleh, pada awalnya beliau mula berniaga menggunakan “food truck” 1 tan yang dipinjamkan oleh kawan beliau yang berhijrah ke luar negara.

“Kita mula belajar selok-belok perniagaan “food truck” dari “food truck” yang dipinjam ini. Bila perniagaan semakin maju, Muzzy Food Truck telah membeli sebuah “food truck” sendiri yang lebih besar dengan muatan 3.6 tan” kata Mohammad Namazi Salleh.

Beliau memilih meneruskan perniagaan makanan menggunakan “food truck” kerana bagi beliau ia lebih santai dan boleh bergerak ke mana-mana saja untuk berjumpa pelanggan. “Kita suka konsep bergerak” ujarnya.

Antara menu dan makanan Sarawak yang ditawarkan oleh Muzzy Food Truck adalah seperti mee kolok (daging atau ayam), mee belacan, mee sapi, laksa Sarawak, karipap kambing (dimana Muzzy Food Truck adalah satu-satunya yang menjual karipap kambing).

Menurut Mohammad Namazi Salleh, pes laksa Sarawak yang mereka gunakan adalah resepi keluarga, dimana ayah Mohammad Namazi sendiri mempunyai kilang membuat pes laksa Sarawak di Kuching.

Selain dapat menikmati makanan Sarawak di lokasi perniagaan “food truck”, Muzzy Food Truck juga menawarkan khidmat penghantaran. Para pelanggang boleh membuat tempahan menerusi khidmat aplikasi ROADER (Playstore / Appstore).

Muzzy Food Truck akan beroperasi setiap hari Selasa hingga hari Ahad (6pm hingga 12 tengahmalam), di lokasi-lokasi berikut:

  1. Tapak Urban Street Dining di Jalan Ampang
  2. IPC Damansara
  3. Dataran Wangsa Melawati
  4. BK 5 Kinrara Puchong

Jadual operasi juga sentiasa berubah kerana Muzzy Food Truck kerap menyertai pelbagai event.

Jadi, bagi bakal pelanggan boleh semak status semasa operasi mereka di laman Facebook Muzzy Food Truck.

Comments

comments