Malam Bumi Kenyalang 2017 di USM, Penang. Penampilan khas Brandon Daby

180

Perkumpulan Anak-Anak Sarawak (PERKASA), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang akan mengadakan program mega iaitu Malam Bumi Kenyalang (MBK) 2017.

MBK adalah acara tahunan anjuran Perkumpulan Anak-Anak Sarawak di USM bertujuan untuk mempromosikan keunikan Sarawak yang didiami pelbagai suku kaum.

Bertemakan “Myths and Legends of Sarawak”, Malam Bumi Kenyalang 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mac 2017 ini akan mempersembahan tarian antara IPTA di Malaysia dan mengadakan Pertandingan Keling dan Kumang.

Selain itu, para hadirin juga turut dihiburkan dengan persembahan “Muzik Sape” oleh artis jemputan iaitu Brandon Daby.

Info tentang Malam Bumi Kenyalang 2017:

  • Tarikh: 24 Mac 2017 (Jumaat)
  • Masa: 8.00 pm
  • Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM, Pulau Pinang

Selain itu, bersempena dengan MBK 2017, pihak Perkumpulan Anak-Anak Sarawak juga akan mengadakan Pameran Kebudayaan Sarawak, pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 23-24 Mac 2017 (Khamis – Jumaat)
  • Tempat: Permatang Pelajar Dewan Budaya, USM, Pulau Pinang

Comments

comments