Malam Citrabayu, 9 universiti bakal berentap rebut gelaran juara Piala Pusingan Gabungan Siswazah Sabah di Semenanjung

139

Malam Citrabayu 2017 adalah sebuah program anjuran Perkumpulan Siswa Siswi Sabah (PERSIS) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Malam Citrabayu 2017 dengan tema “Sedekad Membawa Tradisi, Menjulang Tradisi Diwarisi” bertujuan memperkenalkan kebudayaan etnik Sabah kepada masyarakat luar melalui gerak tari yang unik.

Malam Citrabayu akan mempertandingkan Piala Pusingan Gabungan Siswazah Sabah di Semenanjung (G3S), dan turut menampilkan 9 universiti yang akan berentap bagi merebut gelaran juara.

Antara universiti yang terlibat ialah USM, UKM, UUM, UITM, UNISEL, UMT, UPM, UPSI dan UM.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas Adam Shamil yang merupakan seorang Youtuber terkenal dengan video-video informatif dan menarik!

Info tentang Malam Citrabayu 2017:

Tarikh : 25 Mac 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00pm – 11.30pm
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang

Comments

comments