Secubits Food Truck tawarkan pelbagai jenis makanan Sarawak di Kuala Lumpur Sentral

504

Borneodihati.org – Secubits Food Truck adalah antara “food truck” terbaharu yang menghidangkan pelbagai jenis masakan Sarawak di sekitar Kuala Lumpur.

Secubits Food Truck yang diusahakan oleh 3 anak Sarawak dari Kuching ini beroperasi secara rasmi 15 December 2016 yang lepas.

Ketiga-tiga pengusaha ini iaitu Firdaus Bustahar, Masvivi Bustahar dan Reza Rizvy Ahmad sepakat memilih menjalankan perniagaan food truck kerana mereka percaya ia lebih senang bagi mereka bergerak ke kawasan yang ada potensi untuk jualan, termasuk juga untuk tujuan katering atas permintaan pelanggan.

Antara menu utama yang ditawarkan oleh Secubits Food Truck adalah seperti laksa Sarawak, mee kolok, mee jawa special ayam, mee jawa biasa, sadin roll, roti bakar, nasi ayam dan meggi kari sup.

Menurut pengusaha Secubits Food Truck, sebahagian bahan dan rempah yang mereka gunakan untuk penyediaan makanan dibawa khas dari Kuching setiap minggu bagi memastikan hidangan yang disediakan memilki rasa keaslian seperti di Sarawak.

Secubits Food Truck juga dalam proses untuk memohon lesen tambahan bagi mengembangkan perniagaan food truck di kawasan-kawasan lain berikutan permintaan daripada orang ramai yang pernah mengunjungi dan menikmati hidangan mereka dan berharap ia dapat dibuka dikawasan mereka.

Secubits Food Truck beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga ke 5.00 petang di 7, Jalan Stesen Sentral 5, berdekatan dengan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) KL Sentral.

Untuk sebarang pertanyaan atau info terkini, sila ikuti di Facebook Page Secubits Food Truck.

Comments

comments