Tiga Anak Dayak Sarawak di New York

1460

Awal pagi naik subway ke Pejabat Permanent Mission Malaysia to the United Nations (UN).

Setelah mendaftar diri dan mendapatkan dokumen rasmi untuk ke UN, saya mohon beredar.

Sebelum beredar, saya sempat mohon mengirimkan salam kepada seorang pegawai wanita dari Sarawak yang bertugas di UN security Council.

Malangnya pegawai ini tidak kenal anak Sarawak. Dia jawab, saya cuma kenal “Apai”. Dia pun panggil “Apai” melalui telefon. 

Alangkah terperanjatnya saya! Apai adalah gelaran mesra staff di situ terhadap Staf Sarjan Goswin – anak Iban yang berasal dari Lubuk Antu, Sarawak. 

Saya terus bersalam dan bejako Iban dengan Sarjan Goswin. Hepi. Dia pun berkata dia ingin perkenalkan saya kepada Konsul General Malaysia ke US.

Saya pun dibawa masuk ke dalam pejabat. terus diperkenalkan kepada Konsul General Malaysia ke US – Encik Jeremiah. Amat gembira sekali. Dia seorang Bidayuh dari Bau, dan dulu bersekolah di Lundu dan St. Joseph, Kuching. 

Maka berceritalah kami bertiga tentang Sarawak, laksa Sarawak, sekolah, kampung, dan perkembangan terkini di Malaysia. Kadang-kadang bejako Iban, kelakar Melayu Sarawak, bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris. Semua bercampur aduk seperti orang di NY.

Saya berasa amat BERSYUKUR dapat bertemu dengan dua rakyat Malaysia, dan lebih lagi anak Dayak yang menjadi wakil negara di Luar negara. Satu penghargaan negara kepada anak Dayak Bidayuh dan Iban.

Seorang lagi yang saya tidak ketemu adalah Cik Delvina Aloysius Dris, seorang wanita Melanau.

Saya doakan agar lebih ramai lagi anak-anak muda Dayak Sarawak, orang Asli dan anak pribumi Sabah dapat menjadi wakil negara di peringkat antarabangsa.

Comments

comments