Pesanan terakhir guru ini buat rakan pendidik

20937

Inilah antara kata-kata terakhir sahabat perjuangan yang baru saja meninggal dunia pada 23 Mac 2017, Allahyarham Cikgu Zuraimie Bulee, yang bertugas di Sarawak.

Pesanan ini diberikan beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia. Semoga Allah menempatkan sahabat kami ini dalam kalangan hambaNya yang dicintai.

Begitu bermakna kata-katanya :

“Kepada rakan-rakan guru di sekolah. Pada hari anda berhenti (bersara / sakit / meninggal dunia); kiub kerja anda akan digantikan dengan cikgu yang baru.

Kehilangan anda hanya akan diingati untuk 1 hari dan kemudian anda dilupakan.

Sekolah akan terus melaksanakan apa yang perlu dilakukan kerana kejayaan pelajar adalah keutamaan; kehendak ibu bapa adalah arahan dan pihak atasan adalah Tuhan; tiada masa untuk menangisi pemergian anda.

Lazimnya mereka berterusan melakukan kesilapan demi kesilapan dan ia datang dengan harga yang perlu anda bayar.

Datang Sabtu dan Ahad, buat kelas tambahan selagi mampu. Tidak cukup waktu buat sebelum atau selepas subuh. Cuti sekolah mesti ada program akademik dan macam macam lagi. 

Oleh kerana itu sahabatku, jangan campur adukkan kerja dan keluarga. Jangan bawa urusan kerja ke rumah; yang akan mengenepikan keluarga anda serta melupakan anda untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

Di hati anak-anak kita, kita tidak akan boleh digantikan, kerana setiap masa kita tidak bersama mereka, mereka akan merindui kita sepanjang masa.

Jika berlaku apa-apa pada diri kita, keluarga serta rakan-rakanlah yang akan meratapi pemergian kita (bukan sekolah; bukan pengurusan sekolah dan bukan kerja bertimbun di sekolah).

Pada keluarga serta anak-anaK kita; walaupun kita hanyalah seorang tapi kita adalah dunia mereka.

Maka, reset semula keutamaan kita. Jadilah guru yang awesome tapi jadilah ayah, ibu, anak, rakan yang lebih baik.

Comments

comments