Pengalaman Kerja di Kudat Sabah, Berlainan Kaum Boleh Duduk Semeja, Makan Bersama

5160

Pengalaman saya ketika berkerja di Kudat, Sabah pada tahun 2010, itu adalah pertama kali saya berkerja jauh daripada tempat kelahiran.

Setelah selesai melapor diri di JKR Kudat, majikan atasan saya, Pen. Jurutera membawa saya ke sebuah restoran Cina untuk menjamu selera. Ketika itu, hati saya sudah berkata, hati dah lain macam, alamak, takut makanan tak halal.

Sesampainya saya di sana, saya dapati kedai dimiliki oleh orang berbangsa Cina, di tepi kedai ada orang tempatan muslim yang menjual satay, soto dan kuih.

Majikan atasan saya pun memberitahu bahawa di restoran ini, air dimiliki orang Cina, cuma pembuatnya adalah muslim. Tak hairanlah bukan hanya kaum Cina, tetapi kaum bumi serta pelanggan muslim pun turut boleh duduk semeja, makan bersama di sana.

Apa yang paling menarik perhatian saya adalah ketika seorang haji yang makan di restoran hendak membayar makanannya, seorang pak cik berbangsa Cina segera menghulurkan bayaran dan membelanja haji itu. Dengan serta merta haji itu berkata, semoga kamu dimurahkan rezeki. Lagi pening kepala saya melihat situasi ini.

Dalam hati kecil saya, siapa kata sudah tiada keamanan dan persefahaman di Malaysia, khususnya di Sabah.

Begitu juga dengan pasar malam Tahun Baru Cina yang saya kunjungi sebelum ini, alangkah indahnya berbilang kaum datang membeli-belah di pasar tersebut.

Toleransi, hormat menghormati dan bertolak ansur teras perpaduan kaum di Sabah.

Tidak ada unsur perkauman berlaku di Sabah, kalau ada pun hanya salah faham dan perbezaan pendapat, tetapi bukan kerana atas dasar perkauman.

Kamu pernah ada pengalaman seperti ini? Kalau ada kongsi sikit, nak juga baca?



Comments

comments