Video : Final paling epik Chong Wei Vs Lin Dan, 11tahun lepas di Stadium Perpaduan, Kuching Sarawak

402

Borneodihati.org – 11 tahun yang lepas, Terbuka Malaysia 2006 yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak dikatakan sebagai final paling epik yang telah mempertemukan 2 jaguh badminton dunia, Lee Chong Wei dan Lin Dan.

Dalam set penentuan, set ketiga acara final Terbuka Malasyia edisi 2006 itu, Lee Chong Wei ketinggalan 13-20.

6 mata ketinggalan, Lee Chong Wei memperlihatkan “magiknya” apabila mengutip mata demi mata, memberi tekanan kepada Lin Dan dengan mengikat kedudukan pada 20-20, dan terus mengejar, sebelum memenangi perlawanan akhir itu, 23-21.

Sekali lagi, final Ahad ini di venue dan acara yang sama, pemain ranking nombor 1 dunia Lee Chong Wei dan bintang sensasi China Lin Dan akan berentap, menjadikan ulangan edisi 2006 sebagai kenyataan. Bumi Kenyalang akan menjadi saksi kepada aksi 2 jaguh dunia ini.

Bekas juara dunia lima kali Lin Dan, selain tewas di final pada tahun 2006, turut gagal memenangi gelaran Terbuka Malaysia, setelah beliau melayakkan diri ke peringkat final pada edisi 2005 dan 2015.

 

Comments

comments