Penumpang kongsikan pengalaman cemas pesawat MAS terbabas di Lapangan Terbang Sibu Sarawak

2698

Borneodihati.org – Penerbangan Malaysia (MAS) terbabas dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu di sini, kira-kira jam 10.17 malam, 8 April 2017.

Pesawat MH2718 dari Kuala Lumpur itu dilaporkan terbabas sebab hujang lebat dan landasan licin, menyebabkan kapal terbang terbabas ke padang bahagian tepi landasan.

Menurut salah seorangan penumpang Mohd Nikman, sebelum berlepas dari KLIA, hati beliau rasa tidak senang, tapi tak diendahkan.

“Waktu naik flight, tidak ada selera makan. Makan sikit saja, walaupun lapar.”

“Paling tidak senang, waktu nak mendarat, ada baby menangis, tanpa henti dan hujan pula lebat. Percubaan landing pertama gagal”.

“Percubaan kedua pula dilakukan selepas lebih kurang 20 minit berlegar-legar di ruang angkasa Sibu. Bayi masih lagi tidak berhenti menangis. Masa nampak saja kapal terbang sudah masuk landasan, hati terus berdebar-debar. Tidak tahu sebab apa”. 

“Masa sudah touch down, nampak dari cermin, kapal terbang sudah di tengah-tengah landasan, tapi makin bergerak ke tepi dan semakin ketepi”

“Kemudian nampak kapal terbang masuk ke padang sebelah landasan, bunyi kuat di bahagian tayar, terus saya tunduk (posisi selamat) sambil mengucap. Rasa macam dekat sangat dengan kematian.”

“Lepas kapal terbang berhenti, lega seketika, tapi terlintas di fikiran, macam mana kalau kebakaran?. Terus usaha nak cepat-cepat evacuate. Mak dan bapak di depan, saya hanya fokus kepada orang tua, semoga tidak terjadi apa-apa pada mereka”

“Barang semua terpaksa ditinggalkan dalam kapal terbang. Semua panik, takut kapal meletup. Nasib baik tak terjadi”

“Alhamdulillah, kami semua 61 penumpang dan 6 krew selamat” ujarnya.

Comments

comments