Sabah Telah Mengajar & Mengubah Peribadi Saya, Tidak Lagi Tanam Sifat Perkauman

10501

Saya dilahirkan di Taiping, Perak, menamatkan sekolah rendah di Ipoh dan sekolah menengah di Alor Setar, Kedah. Sepanjang hidup saya, kitaran kawan-kawan saya majoritinya komuniti Cina.

Datang ke Sabah mungkin keputusan yang terbaik dalam hidup saya.

Rakyat tempatan di sini mengajar saya apa erti sebenar hidup harmoni, mendidik saya konsep sebenar 1Malaysia.

Saya menjadi sangat fasih dalam pertuturan Bahasa Malaysia. Saya belajar perkataan bahasa tempatan Sabah yang baru seperti “limpas” dan “Astaga”. Hahaha!

Penduduk di sini meraikan perbezaan dan bersenang-senang dalam kepelbagaian, tidak ada masalah.

Semua Juru X-Ray dan jururawat yang telah saya temui di hospital menunjukkan kepada saya apa yang dimaksudkan hidup dalam masyarakat pelbagai etnik dan pelbagai budaya.

Dan ya, isteri saya adalah dari keturunan Dusun dan saya bangga untuk mempunyai isteri dan anak perempuan Dusun.

Kadang-kadang saya akan balik ke Semenanjung. Ada ketikanya saya akan mendengar komen yang sangat perkauman dari penduduk di sana, sesuatu yang saya akan ucapkan 10 tahun yang lalu.

Hari ini, kata-kata seumpamanya dan orang yang bersifat perkauman akan menimbulkan kemarahan saya.

Sabah telah mengajar saya, dan ia telah mengubah peribadi saya, baik dari segi luaran atau dalaman.

Saya merasa amat bersyukur kerana berpindah untuk menetap di negeri dibawah bayu yang indah ini. Dan saya rasa saya bercakap untuk semua rakyat Sabah, tidak kira bagaimanapun akhirnya suatu hari nanti kita semua hanya mahu kembali ke Sabah.

Inilah bukti betapa rakyat Sabah mencintai Sabah. Kerana tidak ada tempat seperti Sabah.

Sabah mengubah saya daripada seorang peribadi yang bersifat perkauman kepada seseorang yang akan berjuang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama mereka.

Hantar kisah / pengalaman anda : http://borneodihati.org/hantar-artikel/

Comments

comments