Memakai Niqab, Saya Tidak Pernah Dipandang Serong Atau Dipinggirkan di Sabah

1125

Apa yang membuatkan saya kagum dengan Sabah ialah tiada sempadan perkauman dan bangsa di sini.

Saya kira, perkara yang sama juga berlaku di Sarawak dan Labuan.

Pendek cerita, mereka benar-benar hidup harmoni di bawah satu bumbung. Saling menghormati, tidak kira bangsa dan agama.

Isu perkauman tidak wujud, bukan sekadar sebut-sebutan, tetapi ia realiti kehidupan di sini.

Saya sendiri tidak pernah di pandang serong atau terasa dipinggirkan ketika mula memakai niqab di sini. Yang tua atau muda, dari bangsa dan agama yang berbeza cukup ‘open-minded’. Di layan saya seperti biasa sahaja.

Baru-baru ini, siap ada yang bertanya, “Kau orang Dusun ka?” Mereka cuba meneka wajah disebalik niqab saya ini. Ketawa saya seorang diri.

Ramah orang di Sabah ini bukan dibuat-buat. Mereka masyarakat yang kaya budi dan berbudaya tinggi. Sopan dan lembut setiap atur bicaranya.

Mereka sentiasa ikhlas dalam memberi. Baik pertolongan tenaga, wang ringgit atau akal pendapat. Kerana mereka membantu tanpa mengira anda siapa.

Dan usah cepat meneka nama dan wajah penduduk di sini. Saya sudah banyak kali terkena. Yang muka Cina itu rupanya Muslim. Yang muka Melayu itu berbangsa dan agama lain – Sabrina Ismail.

Comments

comments