Beberapa tahun lepas, saya hadir sebagai panel di sesi uji bakat Program Diploma Muzik UPSI di Kota Kinabalu, Sabah.

Seperti yang dijangkakan, ramai calon yang berbakat di Sabah.

Seperti biasa apabila berjalan ke rantau orang, pasti ada pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi termasuk kisah lucu.

Suka saya berkongsi salah satu. Seorang calon perempuan, 18 tahun, Kadazan, comel, senyum manis, suara lunak dan mata bercahaya.

Keyakinan diri dan kemahiran komunikasi tahap wali.

Bila ditanya semua jawapannya BOLEH tuan! BOLEH tuan!

Ditanya sanggup ke belajar jauh dari keluarga? “BOLEH tuan!”

Kamu boleh main sompoton? “BOLEH tuan!”

Kamu boleh menari? “BOLEH tuan!”

Sampai saya give up!. Semua kamu boleh, ada tak yang kamu TAK BOLEH?

Si calon ini dengan cepat dan selamba jawab. Ada tuan,”saya TAK BOLEH terima kalau saya tidak diterima masuk belajar di UPSI”.

Terkedu saya dan rakan panel oleh si gadis genit dan nakal dari negeri bawah bayu ini!

 

Nota Editor : Profesor Madya Zaharul Lailiddin adalah Dekan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI. Catatan ini dimuatkan di laman FB beliau, dan Borneodihati.org terbitkan semula dengan kebenaran beliau. 



Comments

comments