5 Jenis Makanan Yang Anda Mesti Cuba di Bandar Sri Aman Sarawak

904

Bandar Sri Aman, Sarawak mempunyai pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti melawat tempat peninggalan sejarah, melawat rumah panjang di sekitar bahagian Sri Aman dan banyak lagi.

Selain terkenal dengan lagenda buaya iaitu Bujang Senang yang dipercayai berasal dari Batang Lupar dan juga Pesta Benak, di Bandar Sri Aman terdapat pelbagai makanan yang enak dan juga unik.

1. Tauhu Goreng dan Kuih Cakoi

Tidak dinafikan tauhu goreng dan cakoi dari gerai ini amat disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat di Bandar Sri Aman.

Keunikan makanan ini adalah terletak pada sos cicahnya, pernah cuba untuk meminta resepi tetapi beliau berkata ini adalah resepi rahsia.

Gerai ini terletak di hadapan wharf Sri Aman. Gerai ini mula beroperasi pada jam 6.00 pagi dan selalunya akan tutup pada 10.00 pagi.

2. Rojak India Sri Aman

Rojak ini sangat berbeza dengan rojakÔÇôrojak yang terdapat di tempat yang lain. Rojak seperti yang kita tahu bermaksud sesuatu yang telah bercampur dan rakyat Malaysia amat menyukai segala jenis rojak.

Di Sri Aman, rojak India ini mengandungi mihun, kuih, timu, tauhu dan kuah kacang. Bagi mereka yang mahu rojak ini istimewa boleh juga ditambahkan dengan ayam.

3. Mee Sapi / Mee Rangkai

“Rangkai” dalam Bahasa Iban bermaksud kering. Di Sri Aman jarang sekali kita mendengar penduduk tempat menyebut kolo mee tetapi mereka lebih senang menyebutnya mee rangkai.

Di Bandar Sri Aman, terdapat pelbagai kedai anda boleh mencuba mee rangkai ini.

4. Mee Dawai

Jangan anda terkejut dengan istilah ini kerana apa yang dihidangkan bukanlah dawai tetapi mee yang kelihatan seperti dawai.

Mee dawai ini sangat rangup dan sedap dicampurkan dengan kuah tomato. Hati-hati apabila anda makan mee dawai ini, jangan sampai menucuk hidung anda.

5. Mee Tomato

Mee Tomato ini sangat sesuai bagi mereka yang menyukai makanan yang berkuah. Ini adalah seperti mee goreng yang ditambahkan dengan kuah.

Selain daripada 5 makanan yang disenaraikan di atas, ada banyak lagi makanan yang terdapat di Bandar Sri Aman.

Sekirnaya anda menyukai makanan ala barat seperti pizza, ada juga terdapat di sini yang dikenali sebagai Pezzo iaitu jenama franchise milik Sarawak sendiri.

Selain itu juga di Bandar Sri Aman mempunyai franchise makanan seperti KFC, Sugarbun, Singapore Chicken Rice dan pelbagai lagi.

Comments

comments