Gadis dari Sabah Ini Ceritakan Pengalaman “Best” Tinggal Sebilik Dengan 3 Orang Kakak India

1585

Pengalaman paling best sepanjang aku study di Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah masa aku sebilik dengan tiga orang kakak India dan seorang lagi kawan Kristian.

Masa itu, kami saling memahami tanpa perlu memberi arahan kepada yang lain.

Kadang-kadang sampai di bilik sudah dekat masuk maghrib, kakak India atau kawan Kristian aku mesti bagi aku dulu masuk bilik air untuk mandi, sebab mereka tahu aku akan solat maghrib.

Adakala, hari Jumaat aku pula yang sukarela naik tingkat atas untuk cari bilik air dan mandi diatas. Sebab aku tahu, hari Jumaat selepas maghrib kawan Kristian aku akan buka Sabath. Dia perlu bersiap awal. Kami tidak akan ajak dia berbual benda yang laghah ketika hari Sabath.

Biasanya bila menghampiri Isya’, kakak-kakak India ini akan sembahyang mengikut anutan agama mereka. Sebab mereka akan study selepas itu.

Ruang bilik kami sangat kecil untuk 6 almari besar, 3 katil double daker. Aku alah dengan asap sebab aku pesakit asma. Dan itu bukan alasan untuk aku bagitahu tiga kakak India itu supaya berhenti sembahyang.

Aku pilih lepak di luar borak dengan kawan atau sekadar duduk di koridor menunggu asap habis keluar dari bilik.

Suatu hari, kakak India ini tahu aku alah dengan asap. Mereka mohon maaf dan bagitahu tidak akan bakar benda yang menghasilkan asap lagi.

Respon aku kepada mereka “Kakak sudah bagi saya ruang solat yang selesa diantara katil kita. Kakak juga diam dan tutupkan muzik semasa saya solat. Saya tidak kisah. Lagipun asap itu bukan lama”.

Selepas itu, kakak-kakak ini hadkan pembakaran. Hanya bakar bila saya tiada.

Apa point saya share cerita ini? Tiga orang kakak India ini berasal dari Semenanjung. Sabah Sarawak memang terkenal dengan sifat mudah bertoleransi dalam soal agama. Saya percaya orang Semenanjung juga begitu.

Buktinya layanan tiga Kakak India ini kepada saya dan kawan saya. Hidup harmoni dan saling menghormatilah kepercayaan hidup masing-masing.

Comments

comments