Roti Canai Goreng – Makanan Wajib Sekiranya Berkunjung Ke Kapit Sarawak

533

Roti Canai Goreng adalah makanan yang cukup unik dan popular dalam kalangan penduduk di Kapit, Sarawak.

Tidak lengkap kunjungan anda ke pekan Kapit ini sekiranya tidak meluangkan masa untuk menjamu Roti Canai Goreng.

Kedai atau gerai yang ada menawarkan Roti Canai Goreng ini terletak di foodcourt yang dinamakan sebagai “Gelanggang Kenyalang”.

Gelanggang Kenyalang (Kredit foto @ Freelittlebrain)

Tempat ini sememangya akan dipenuhi dengan orang ramai tiap hujung minggu.

Suasana di Gelanggang Kenyalang.

Sekiranya anda memulakan perjalanan dari jeti atau terminal bot ekspres Kapit, anda hanya perlu berjalan dalam 5 minit sudah boleh sampai di Gelanggang Kenyalang.

Terdapat 2 jenis roti canai ditawarkan iaitu roti canai goreng dan roti canai telur goreng. Harganya pula amat berpatutan.

Roti Canai Goreng Kapit (Kredit foto @ Nafisz Daniel)

Roti canai ini digoreng dalam kuali berisi minyak panas, berbeza dengan roti canai yang biasa kita makan sebelum ini. Barangkali atas sebab itulah ia diberikan nama “roti canai goreng”.

Roti canai digoreng (Kredit foto @ Mohd Firdauz)

Rasa ranggup roti canai goreng ini bertambah enak apabila dimakan bersama dengan kari ayam atau sambal (pedas dan manis) yang dihidangkan kepada anda.

Comments

comments