Bukan Sekadar Minta Maaf, Pengacara TV Mesti Berani Berhadapan & Bersalam Dengan Watson Nyambek – Cikgu Emmet

13934

Kemuliaan seorang AYAH apabila namanya diletakkan disisi anak. Nama ayah akan teriring dalam pencapaian anak jika anak cemerlang.

Tindakan seorang pengacara TV yang memperlekehkan nama ayah Watson Nyambek dengan membuat bunyi kambing mengggambarkan betapa lemahnya nilai akhlak seorang manusia dalam menyantuni sesama manusia.

Watson Nyambek bukan biasa-biasa, beliau adalah bekas pelari pecut negara yang berjaya memartabatkan negara dalam arena sukan diperingkat antarabangsa.

Apakah nama-nama orang Sarawak ini pada pengacara tersebut terlalu lucu hingga boleh dipermainkan sesuka hati.

Saya berharap pihak stesen TV yang berkaitan membuat kenyataan terbuka menjelaskan isu ini. Dan jangan mudah sangat selepas menghiris hati rakyat Sarawak. 

Pengacara tersebut mesti berani berhadapan dan bersalaman sendiri dengan Watson bukan sekadar ucapan (minta maaf) dari jauh sahaja. – Cikgu Emmet Menulis 

Lawak apa ni🤔?

Posted by Zulkha on 22hb April 2017

 

Terdahulu Watson Nyambek meluahkan rasa tersinggung beliau akan perbuatan pengacara TV berkenaan;

“Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang”

“Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,” katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia”

“Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu, tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan” katanya.

Comments

comments